web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelayakan Piala Asia Wanita 2022, Skuad Negara Gagal Atasi Thailand

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 7:51AM

Pasukan bola sepak negara menjalani latihan untuk perlawanan pembukaan Kumpulan H, kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak wanita kebangsaan terpaksa akur apabila tewas 4-0 kepada Thailand pada perlawanan pembukaan Kumpulan H kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin, semalam.

Skuad bimbingan Jacob Joseph dikejutkan dengan dua gol pada minit awal perlawanan menerusi tandukan penyerang Kanyanat Chettabutr 35 saat selepas wisel permulaan dibunyikan di Stadium Antarabangsa Faisal Al-Husseini, Jerusalem.

Seminit kemudian, Thailand yang menduduki ranking ke-39 dunia menambah jaringan menerusi rembatan di luar kotak penalti oleh pemain tengah Nutwadee Pram-nak sebelum Kanyanat menambah gol ketiga pada minit ke-37.

Skuad negara memperoleh peluang terbaik pada minit ke-18 namun sepakan Henrietta Justine ditangkap kemas penjaga gol Thailand Waraporn Boonsing.

Memasuki babak kedua perlawanan, skuad negara dilihat bertahan dengan baik apabila berjaya mengekang asakan demi asakan skuad Thailand yang dibimbing Miya Okamoto dengan penjaga gol Malaysia Nurul Azurin Mazlan berjaya menyelamatkan gawangnya daripada terus dibolosi.

Namun, di penghujung aksi, skuad negara hilang tumpuan dan kesempatan itu diguna sebaik mungkin Kanyanat untuk mencipta hatrik sekali gus melengkapkan kemenangan 4-0 pasukannya pada waktu kecederaan.

Malaysia tampak sukar untuk layak ke peringkat akhir kejohanan di India tahun depan, dijadual melengkapkan aksi kelayakan menetang Palestin pada Rabu, manakala Thailand akan berdepan Palestin pada Sabtu ini.

Sebanyak 28 pasukan dibahagi kepada lapan kumpulan dengan empat pasukan diundi dalam kumpulan A, B, D dan C manakala tiga pasukan diundi dalam kumpulan E, F, G dan H.

Juara setiap kumpulan layak ke Kejohanan Premier antara 12 pasukan kebangsaan wanita di benua itu, manakala tuan rumah India, serta tiga pasukan terbaik edisi 2018 - Jepun, Australia dan China - telah melayakkan diri ke kejohanan tersebut dijadual berlangsung 20 Jan hingga 6 Feb 2022. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar