web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atlet Paralimpik Tokyo Terima Ganjaran Kewangan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 7:50AM

Atlet negara yang menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 mendapat insentif kewangan daripada Yayasan OSK, atas pencapaian luar biasa mereka. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pencapaian luar biasa atlet negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 terus mendapat perhatian pelbagai pihak dan hari ini mereka menerima insentif kewangan daripada Yayasan OSK, cabang amal Kumpulan OSK.

Yayasan itu menyumbangkan ganjaran berjumlah RM100,500 untuk diagihkan 22 atlet para negara dan Majlis Paralimpik Malaysia (PCM).

Dalam majlis yang berlangsung menerusi aplikasi Zoom, atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou (badminton) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh) yang memenangi pingat emas di Tokyo menerima RM15,000 setiap seorang, sementara pemenang perak Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia) masing-masing membawa pulang RM10,000. 

Sebagai tambahan, lain-lain atlet Paralimpik Malaysia menerima RM1,500 seorang di atas kesungguhan dan dedikasi mereka sementara RM10,000 juga disumbangkan kepada (PCM) di atas usahanya dalam menyokong pembangunan gerakan paralimpik di dalam negara.

“Kami sangat berterima kasih dan berbesar hati untuk menyokong atlet  yang menunjukkan bakat luar biasa dan kesungguhan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 biarpun menghadapi kekangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan OSK, Cheryl Ong.

Pencapaian mereka memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia (bukan hanya mereka yang kurang upaya) untuk menjalani hidup yang aktif dan penuh azam, mempercayai kebolehan sendiri, bekerja lebih keras dan berani untuk memiliki impian besar,” katanya.

Presiden PCM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin amat gembira dengan apa yang dilakukan Yayasan OSK.

“Saya akui ini adalah sumbangan terbesar daripada sesebuah organisasi swasta sebagai penghargaan kepada atlet Para kita dan PCM. Dengan sumbangan dan semangat yang diberikan, saya rasa bertenaga semula untuk mengetuai dan memacu Pergerakan Sukan Para di dalam negara ke peringkat lebih tinggi.

Saya berharap lebih banyak organisasi korporat  akan tampil ke hadapan untuk melengkapkan usaha kerajaan mempromosi pergerakan sukan untuk 15 peratus daripada masyarakat kita yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya di negara ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar