web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi Sulong 'Damok' Di GP Aragon Mengagumkan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 7:52AM

Syarifuddin Azman - Gambar dari Facebook Asia Talent Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba berbakat negara Syarifuddin Azman menyumbang mata berharga buat pasukan Petronas Sprinta Racing setelah menamatkan perlumbaan Kejuaraan Dunia kelas Moto3 di Grand Prix (GP) Aragon di tempat ke-13, di Alcaniz, Sepanyol, semalam.

Terkenal dengan panggilan ‘Damok’, pelumba berusia 19 tahun yang bermula di kedudukan ke-21 melonjak ke kedudukan 19 di dua pusingan pertama perlumbaan.

Bersaing sengit dengan pelumba-pelumba lain, pelumba negara itu terus memperbaiki kedudukannya pada separuh perlumbaan dan kekal kompetitif hingga menamatkan perlumbaan pertamanya di pentas MotoGP dengan keputusan memberangsangkan.

Syarifuddin mengambil alih tempat John McPhee yang beralih ke Moto2 ketinggalan 9.645 saat kepada juara dari Itali Dennis Foggia mewakili pasukan Leopard Racing yang merekodkan 37 minit 53.710s.

Denis Oncu dan Ayumu Sasaki, kedua-duanya dari pasukan Red Bull KTM Tech 3 masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

Pelumba kelahiran Selangor itu gembira kerana diberi peluang untuk beraksi buat pertama kalinya dalam MotoGP di GP Aragon.

“Ia adalah perlumbaan yang sukar tapi dalam setiap pusingan saya cuba mengikuti rapat pelumba lain, belajar dari mereka dan memintas ke depan jika ada peluang. Agak menakutkan ketika memotong pelumba-pelumba hebat kejuaraan dunia, tapi saya puas hati berjaya melakukannya,” katanya dalam kenyataan.

Rakan sepasukannya Darryn Binder yang bermula di petak hadapan bagaimanapun terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan meraih sembilan mata pada GP Aragon kali ini.

Pelumba Afrika Selatan itu kekal di tempat keenam dengan 104 mata manakala Syarifuddin di kedudukan ke-28 dengan tiga mata.

Kedua-dua pelumba akan beraksi di GP San Marino pada 17 hingga 19 Sept ini. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar