web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


N. Sembilan FC Rampas Takhta Liga Premier

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 8:07AM

Pemain Sarawak United FC, Chanthuru Suppiah diasak pemain Negeri Sembilan FC, Mohamad Zamri Pin Ramli pada saingan Liga Premier Malaysia 2021 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan FC berjaya merampas kedudukan pendahulu untuk berada pada landasan tepat merangkul kejuaraan Liga Premier buat kali pertama sejak musim 2005, selepas menewaskan pencabar terdekat Sarawak United FC 1-0, malam tadi.

Pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala lumpur, Cheras, jaringan tunggal perlawanan hadir pada masa kecederaan separuh masa kedua, menerusi tandukan penyerang import dari Ivory Coast Francis Kone yang gagal ditampan penjaga gol gantian Shaiful Wazizi Mohammad.

Kone, 30, kemudian dilayangkan kad merah susulan mengutip kad kuning kedua selepas membuka baju ketika meraikan jaringan kemenangan pasukan, yang juga merupakan kad merah kedua dilayangkan pengadil Mohamad Kamil Zakaria Ismail.

Terdahulu penjaga gol utama Sarawak United FC Mohd Sharbinee Allawee Ramli turut diperintahkan keluar padang pada minit ke-65, selepas melakukan kekasaran dengan menerjah dada pemain lawan Mohamad Zamri Ramli ketika melompat untuk menangkap bola di udara.

Kekasaran dilakukan Mohd Sharbinee menyaksikan Negeri Sembilan FC dihadiahkan sepakan penalti, namun Kone yang mengambil tangunggjawab itu gagal menyempurnakan sepakan apabila rembatannya melambung tinggi melepasi palang gol.

Seakan-akan perlawanan berakhir dengan keputusan seri, Kone menebus kekecewaannya dengan muncul wira Negeri Sembilan FC apabila menanduk masuk bola hantaran rakan sepasukan Aroon Kumar daripada sebelah kanan untuk menghadiahkan pasukan tiga mata berharga. 

Keputusan itu menyaksikan Negeri Sembilan FC bimbingan Ketua Jurulatih K. Devan kini mendahului carta liga dengan mengumpul 38 mata selepas 19 perlawanan, sekali gus memintas kedudukan Sarawak United FC di tempat kedua dengan perbezaan satu mata.

Berbaki satu lagi perlawanan untuk diharungi musim ini, Negeri Sembilan FC perlu menang ke atas PDRM FC pada aksi terakhir yang dijadual berlangsung pada 21 Sept, bagi mengesahkan kejuaraan Liga Premier.

Pada masa sama, Terengganu FC (TFC) II naik ke tangga ketiga liga selepas mencatat kemenangan selesa 4-1 ke ata Selangor FC 2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Empat gol TFC II masing-masing dijaringkan Mohammad Ramzi Sufian pada minit ke-25, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob (minit ke-41), jaringan sendiri pemain Selangor FC 2 Ahmad Zikri Mohd Khalili (minit ke-55) dan kapten pasukan Jordan Mintah pada minit ke-90, sementara pemain gantian S. Sharvin menjaringkan gol sagu hati Selangor FC 2 pada minit ke-71.

Dalam pada itu, pertembungan dua pasukan tercorot Liga Premier berakhir dengan kemenangan 2-0 berpihak Perak FC II ke atas Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar