web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Russell Rakan Sepasukan Baharu Hamilton Di Mercedes

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 6:44PM

Russel akan menyarung warga seragam Mercedes musim depan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - George Russel disahkan hari ini sebagai rakan sepasukan baharu Lewis Hamilton di pasukan Formula Satu Mercedes untuk musim depan selepas Valtteri Bottas melengkapkan perpindahan ke Alfa Romeo.

Pemandu dari Britain itu mendapat perpindahan yang ditunggu-tunggu ke pasukan Silver Arrows selepas tiga musim bersama Williams.

Beliau juga menunjukkan prestasi memberangsangkan memandu jentera Mercedes di GP Sakhir musim lepas menggantikan Hamilton yang pada masa itu disahkan positif COVID-19.

Russel, yang akan melengkapkan barisan pemandu Britain bersama Hamilton di Mercedes, berkata ini hari yang istimewa buatnya.

“Saya akan menipu jika berkata yang saya tidak teruja.

“Ini adalah peluang yang besar yang akan saya gapai dengan kedua belah tangan.

“Saya juga faham cabaran yang akan dilalui bersama pasukan ini,” katanya pelumba yang berusia 23 tahun itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mercedes.

Ketua pasukan Mercedes Toto Wolff berkata keputusan yang diambil bukannya mudah, memuji sumbangan Bottas kepada kejayaan pasukan itu sejak lima musim yang lepas

“Melihat ke depan kepada musim 2022, kami berbesar hati mengesahkan yang George akan menyertai Mercedes.

“Beliau seorang pemenang dalam setiap kategori perlumbaan yang disertainya, prestasinya bersama Williams juga memberi gambaran kepada masa depannya dalam sukan ini.

“Sekarang ini cabarannya adalah untuk membantu beliau menyesuaikan diri dalam suasana baharu bersama Lewis,” kata Wolff.

Bottas, 32, telah berlumba disamping Hamilton di Mercedes untuk lima musim, selepas menggantikan Nico Rosberg yang bersara selepas menjadi juara dunia pada 2016.

Pelumba yang berasal dari Finland itu memenangi sembilan perlumbaan dan berjaya merangkul 17 posisi pole untuk pasukan itu, tetapi gagal untuk mencabar Hamilton dengan konsisten.

Alfa Romeo semalam mengumumkan yang Bottas telah menandatangani perjanjian dengan pasukan itu bermula 2022. - AFP

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar