web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suasana Gempar Selepas Perlawanan Brazil, Argentina Dihentikan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 9:24AM

Para pegawai dari Agensi Pengawasan Kesihatan Nasional Brazil masuk ke padang untuk menghentikan perlawanan di antara Brazil dan Argentina. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAO PAULO - Perlawanan kelayakan Piala Dunia di antara Brazil dan Argentina terpaksa dihentikan tidak lama selepas sepak mula kerana kontroversi protokol COVID-19 meletus.

Di tengah suasana luar biasa di Arena Neo Quimica di Sao Paulo, perlawanan di antara kedua gergasi bola sepak Amerika Selatan itu dihentikan apabila pegawai kesihatan Brazil berlari ke tengah padang, dan mencetuskan huru-hara melibatkan pegawai pasukan dan pemain dari kedua belah pihak.

Campur tangan yang mengejutkan itu hadir beberapa jam selepas pihak berkuasa kesihatan di Brazil berkata empat pemain yang berpangkalan di England dalam skuad Argentina sepatutnya diletakkan dalam kuarantin segera kerana melanggar protokol COVID-19.

Mengikut Agensi Pengawasan Kesihatan Nasional Brazil (ANVISA), pemain dari Liga Perdana Inggeris Giovani Lo Celso (Tottenham) Emiliano Martinez (Aston Villa), Emiliano Buendia (Aston Villa) dan Cristian Romero (Tottenham) memberi “maklumat palsu” setelah tiba di Brazil.

Romero, Lo Celso dan Martinez berada dalam kesebelasan utama yang memulakan permainan hari ini - mendorong campur tangan daripada pegawai ANVISA.

Keempat-empat pemain itu dituduh gagal untuk mendedahkan yang mereka berada di United Kingdom 14 hari sebelum ketibaan di Brazil, di mana wabak COVID-19 telah meragut lebih daripada 580,000 nyawa.

Kapten Argentina Lionel Messi dan rakan sepasukan yang lain meninggalkan padang dengan kekeliruan melanda nasib permainan itu.

Messi kemudian mengecam campur tangan pegawai-pegawai kerajaan Brazil itu.

“Kami sudah berada di sini untuk tiga hari, kenapa baru sekarang mereka campur tangan?” katanya kepada rangkaian TyC Argentina.

Pengurus Argentina Lionel Scaloni juga berang, memberi tahu media yang “kami tidak diberi tahu dengan awal yang kami tidak boleh bermain hari ini”.

Argentina dijangka akan pulang ke Buenos Aires lewat Ahad menaiki penerbangan sewa khas.

Presiden Persatuan Bolasepak Argentina Claudio Tapia berkata ia telah mengikut protokol FIFA untuk perlawanan itu, menolak dakwaan yang para pemainnya memalsukan rekod ketibaan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Perancis Ikrar Kukuhkan Kerjasama 2 Negara

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad