web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meski Menang Tipis, Penang FC Lonjak Tangga Ke-2 Liga Super

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 7:58AM

Pemain Penang FC, Anselmo Arruda Da Silva (kanan) cuba melepasi pemain Sri Pahang FC, Muhd Ashar Al Aafiz Abdullah pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penang FC berjaya melonjak ke tempat kedua Liga Super, selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sekali gus meneruskan pemburuan untuk slot ke Piala AFC 2022.

Turun selaku tuan rumah, skuad Tok Gajah berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-61 menerusi jaringan penyerang import dari Sudan Kenny Athiu, yang meledak masuk lorongan cantik daripada Muhammad Baqiuddin Shamsudin.

Namun, skuad Harimau Kumbang berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Brazil Endrick dos Santos pada minit ke-68, apabila percubaannya gagal ditangkap dengan kemas oleh penjaga gawang Sri Pahang Mohamad Helmi Eliza Elias.

Kecuaian di bahagian pertahanan sekali lagi menghukum skuad kendalian Dollah Salleh, apabila bola yang cuba dikeluarkan oleh pemain pertahanan terkena lutut Muhammad Danial Ashraf Abdullah, sebelum terpantul masuk ke dalam gawang pada minit ke-72.

Keputusan itu membantu Penang FC mengumpul 40 mata selepas 21 perlawanan, untuk memintas Kedah Darul Aman (KDA) FC yang mempunyai 39 mata dengan kelebihan satu perlawanan dan Terengganu FC yang memiliki 37 mata.

Sementara itu, Selangor FC pula berpesta gol 6-0 ke atas Sabah FC, untuk mencatatkan kemenangan terbesar musim ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Skuad Gergasi Merah bermula garang apabila penyerang import dari Nigeria Ifedayo Olusegun mengegarkan gawang pasukan tuan rumah sebanyak dua kali dalam dua minit pada minit ke-22 dan 24, sebelum Mukhairi Ajmal melebarkan jurang pada masa kecederaan babak pertama (45+1).

Bersambung babak kedua, Selangor terus menambah derita buat skuad ‘The Rhinos’ menerusi jaringan Mohammad Nor Hakim Hassan pada minit ke-46 dan Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-75.

Ifedayo melengkapkan hatriknya pada minit ke-89, sekali gus mencipta rekod baharu 25 gol dalam semusim Liga Super. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar