web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecewa,Tapi Tetap Sokong Untuk Bangkit - Penyokong

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 8:00PM

Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kecewa. Itu luahan majoriti penyokong skuad Perak FC selepas pasukan itu sah turun ke Liga Perdana musim hadapan, selepas tersingkir dari Liga Super.

Kekalahan 2-1 di tangan Melaka United malam tadi menjadikan pasukan itu menghuni tangga kedua terbawah Liga Super musim ini di atas UITM FC.

Dengan hanya mengutip 13 mata selepas mengharungi 21 perlawanan, skuad terbabit agak tempang musim ini selepas dibelenggu pelbagai masalah, termasuk kehilangan beberapa pemain utama yang berhijrah ke pasukan lain ekoran tunggakan gaji.

Presiden Gabungan Persatuan Penyokong Bola Sepak Perak (Perak FC TBG Mobs), Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, sebahagian besar penyokong sudah boleh menerima hakikat pasukan kesayangan mereka akan bermain di liga perdana.

"Dari dua perlawanan sebelum ini lagi, kami sudah belajar menerima hakikat pasukan bermain di liga perdana, namun sedikit kecewa dengan pengurusan Perak FA.

"Perak FC berada di bawah Perak FA dan apa yang kami kecewa, sehingga kini Perak FA masih belum mempunyai teraju utama selepas presiden sebelum ini meletakkan jawatan," katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau, penyokong mengharapkan akan ada perubahan dalam pentadbiran, sekali gus membolehkan perancangan rapi dilakukan supaya dapat kembali ke liga super untuk musim seterusnya.

"Penyokong tidak menyalahkan pemain 100 peratus dan dapat melihat kesungguhan mereka untuk mencari kemenangan walaupun rata-rata adalah pemain muda.

"Perak FC adalah pasukan yang mewakili negeri itu, justeru sokongan padu akan terus diberikan walaupu rata-rata penyokong masih kecewa dengan pengurusan pasukan," katanya.

Sementara itu, penyokong tegar Perak FC, Meor Muhammad Safwan Zainuddin, 24, berkata, dia sangat kecewa dengan prestasi kurang baik pasukan bekenaan musim ini.

Katanya, kekalahan tersebut bagaimanapun  tidak melunturkan semangatnya untuk terus menyokong Perak FC dan akan kembali ke stadium untuk memberikan sokongan selepas ini.

"Harap dari segi pentadbiran dan pengurusan pasukan kembali baik kerana tanpa dua faktor itu sudah pasti Perak FC tidak mampu bangkit.

"Saya lebih kecewa kerana rekod tidak pernah jatuh ke liga perdana pasukan negeri ini lebur ketika sambutan ulang tahun ke 100 Perak FA pula," katanya. - Getaran, 4 September 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar