web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak United Sah Ke Liga Super 2022

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 3:32PM

Sarawak United FC (SUFC)  mengesahkan tempat bersaing di Liga Super 2022 - Gambar Ihsan SUFC

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak United FC (SUFC) mengesahkan tempat bersaing di Liga Super 2022 berikutan kekalahan Kuching City(KCFC) kepada Negeri Sembilan kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif SUFC, Saif Bujang berkata, tiada lagi pasukan yang berupaya memintas skuad Kenyalang Emas itu walaupun tewas semua baki perlawanan Liga Perdana selepas ini.

Menurutnya, dengan mengutip 37 mata selaku pendahulu Liga Perdana setakat ini satu-satunya pasukan yang boleh mencabar kedudukan SUFC untuk slot ke Liga Super adalah Kuching City.

"Namun kekalahan kepada Negeri Sembilan bermakna mata maksimum yang boleh dicapai pasukan The Cats itu kini hanya 35 mata.

"Ini sekali gus menyaksikan mereka tidak mampu lagi bersaing dengan SUFC," katanya kepada Getaran hari ini.

Saif berkata, satu lagi pasukan, PDRM FC, juga tidak berupaya mencabar SUFC kerana mata maksimum yang berjaya dikutip hanya 31 sekiranya memenangi baki perlawanan yang ada.

"Dengan kejayaan melayakkan diri ke Liga Super 2022, pasukan SUFC kini telah mencapai sasaran untuk melayakkan diri ke Liga Super secara merit bagi musim hadapan.

"Sungguhpun sudah layak ke Liga Super, kejuaraan Liga Perdana masih terbuka antara Negeri Sembilan dan SUFC," jelasnya.

Namun, katanya, SUFC mempunyai kelebihan besar untuk mencapai kejuaraan  kerana memiliki kelebihan dari bilangan perlawanan.- Getaran, 3 September 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad