web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Ke Liga Super Gagal, KCFC Fokus Piala Malaysia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 4:46PM

Kuching City FC ditewaskan 2-1 ketika bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang petang semalam. - Foto Ihsan KCFC

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Selepas misi untuk ke Liga Super 2022 gagal, Kuching City FC (KCFC) kini memfokus kepada usaha melayakkan diri ke Piala Malaysia.

Ketua Jurulatih KCFC, Irfan Bakti Abu Salim berkata, impian untuk pasukannya beraksi ke Liga Super 2022 terkubur selepas ditewaskan 2-1 ketika bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang petang semalam.

“Memang misi ke Liga Super sudah tertutup, sekarang ialah untuk mendapat slot ke Piala Malaysia 2021.

“Hanya lima pasukan terbaik dari Liga Perdana layak bersaing pada piala berprestij itu,” katanya kepada Getaran hari ini.

Mengulas mengenai perlawanan semalam, Irfan berkata, kelekaan anak-anak buahnya menjadi faktor utama kekalahan mereka kepada lawan.

“Kita melepaskan dua gol mudah kepada pasukan Negeri Sembilan yang menyebabkan kita menggigit jari untuk memenangi perlawanan penting.

“Setelah melalui empat perlawanan kita telah menjaringkan tujuh gol dan bolos lima gol,” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua lima gol yang bolos adalah melalui bola mati yang tidak seharusnya berlaku sekiranya semua pemain tidak leka.

“Berdepan dengan jadual perlawanan yang padat juga menyebabkan pemain berada dalam keadaan keletihan hingga menjejaskan mutu permainan.

“Memang keletihan, kita bermain tiga hari sekali, begitu meletihkan,” katanya.

KCFC kini di kedudukan kesembilan dengan mengutip 17 mata selepas mengharungi 14 perlawanan dalam Liga Perdana.

KCFC akan berdepan dengan pasukan PDRM FC pada 4 September ini jam 4.45 petang di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor. - Getaran, 2 September 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad