Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SIA Selesai Potong Gaji MVC Kakitangan Berpengkalan Di Singapura

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 10:45AM

Pemotongan gaji oleh SIA itu dilaksanakan tahun lalu apabila pendapatan syarikat berkenaan menjunam akibat COVID-19. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) sudahpun selesai melakukan pemotongan gaji bagi komponen berubah-ubah bulanan (MVC) untuk kakitangannya yang berpangkalan di Singapura.

Pemotongan itu dilaksanakan tahun lalu apabila pendapatan syarikat berkenaan menjunam akibat COVID-19.

Pada Jumaat, seorang jurucakap SIA memberitahu Mediacorp bahawa syarikat penerbangan itu sudahpun berhenti membuat pemotongan MVC mulai 1 Ogos.

Bagaimanapun, pemotongan gaji tambahan bagi juruterbang diteruskan sebagaimana dalam perjanjian bersama kesatuan Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan - Singapura (ALPA-S) pada September tahun lalu untuk mengurangkan kehilangan pekerjaan bagi juruterbang.

Para pegawai pengurusan kanan juga akan terus menyaksikan pemotongan gaji tambahan ke atas pendapatan asas - kekal pada 15 peratus bagi naib presiden kanan, 20 peratus untuk naib presiden eksekutif dan 25 peratus bagi ketua pegawai eksekutif.

Anggota lembaga juga akan terus menyaksikan pemotongan 30 peratus pada yuran mereka sebagai menunjukkan semangat perpaduan bersama dengan pihak pengurusan, menurut jurucakap itu.

ANGGOTA KAKITANGAN BERKURANGAN 20%

Langkah-langkah SIA untuk mengurangkan perbelanjaan sebagai respons terhadap pandemik COVID-19 terus dilaksanakan termasuk "merundingkan semula kontrak bersama pembekal, menangguhkan projek tidak penting dan mengawal ketat perbelanjaan budi bicara".

Anggota kakitangan pula 20 peratus lebih rendah berbanding tahap sebelum pandemik akibat pelbagai langkah yang diambil, menurut jurucakap berkenaan.

Ini termasuk membekukan pengambilan pekerja, cuti tanpa gaji, pemotongan gaji lebih tinggi, skim pelepasan secara sukarela dan pemberhentian pekerja pada September tahun lalu.

Sekitar 4,300 jawatan digugurkan di kesemua tiga syarikat penerbangan SIA - 2,400 pekerja terjejas oleh pengurangan pekerjaan dengan lagi 1,900 jawatan digugurkan melalui langkah-langkah seperti pembekuan pengambilan pekerja dan skim persaraan awal.

"Sejak langkah pemberhentian pekerja, kami mengalami kekurangan tenaga kerja lebih tinggi dalam kalangan kakitangan di lapangan dan anak kapal kami. Kakitangan kami juga terus mengalami pemotongan gaji mereka selama lebih setahun setengah." kata jurucakap itu.

"Kehilangan sumber serta kemampuan penting akan menghalang kemampuan kami untuk pulih, dan menghalang usaha kami untuk memastikan SIA Group dan sektor penerbangan Singapura bangkit lebih kukuh."

Jurucakap itu menambah SIA mesti mengekalkan bakat sedia ada dan terus berupaya memikat serta merekrut bakat baru sedang ia beransur pulih.

Pada Mac, SIA Group melaporkan kemerosotan 90.2 peratus pada keseluruhan pengangkutan penumpang berbanding setahun sebelumnya. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 5 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam