web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perkhidmatan Pelupusan Al-Quran Di Singapura

Adakah anda mempunyai al-Quran, buku-buku agama, bingkai dinding dengan ayat-ayat al-Quran, atau sejadah lama yang tidak diperlukan lagi? Ada tertib untuk melupuskannya. Jika di Singapura, ini caranya.

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 12:52PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bayangkan situasi ini. Anda mempunyai al-Quran, buku-buku agama, kalendar Islam, bingkai dinding dengan ayat-ayat al-Quran, kaset agama atau sejadah lama yang tidak diperlukan lagi.

Apakah anda harus menyimpannya atau dibuang begitu sahaja sembarangan sekiranya tidak diperlukan lagi?

Kalau anda berada di Singapura, Abu Umar Services dapat membantu masyarakat Islam dalam hal ini.

Syarikat berdaftar yang mempunyai bengkel di kawasan Tampines, Singapura itu dapat membantu melupuskan al-Quran serta barang-barang lain dengan cara yang betul dan tertib.

Tidak banyak syarikat di Singapura yang menyediakan khidmat ini sebenarnya.

Pemilik Abu Umar Services, Encik Shahrizal Bin Md Yusof berkongsi mengenai penubuhan syarikat itu, “Saya rasa ada permintaan dan keperluan kerana sebelum ini, tiada syarikat seperti ini. Ia lebih kepada menolong masyarakat Islam di sini yang saya mulakan sejak tahun 2017.”

Sebelum Abu Umar Services ditubuhkan, Encik Shahrizal telah menceburi perniagaan dalam talian dengan menjual buku-buka agama serta produk kesihatan.

Apakah cara yang betul yang harus dilakukan untuk melupuskan kitab suci al-Quran dan buku-buku agama?

Ini penerangan beliau kepada kami, “Yang paling baik kita ikut sunnah atau hadis di mana al-Quran tidak dihina atau dipijak. Cara terbaik ialah untuk dibakar atau ditanam tapi memandangkan di Singapura ada peraturan kita tidak boleh bakar atau korek tanah sembarangan, kita sediakan khidmat shredding atau mencarik al-Quran itu.”

Mencarik hanya untuk bahan kertas sahaja.

Untuk perhiasan ukiran kayu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran pula, ukiran akan dipecahkan dahulu secara manual atau menggunakan gergaji elektrik.  

Kemudian, ayat-ayat akan dihancurkan sehingga tidak kelihatan huruf Arab yang ada. Setelah kesemua ini selesai, barulah ia dapat dilupuskan.

Katanya lagi, “Untuk sejadah yang ada gambar Kaabah atau masjid, kita akan hilangkan gambar tersebut sebelum dibuang. Ia digunting, dihiris-hiris sehingga tidak akan kelihatan lagi gambar Kaabah atau masjid.”

Setiap hari, beliau akan ada dua pelanggan yang memerlukan khidmat berkenaan. Waktu yang paling sibuk ialah beberapa hari sebelum Hari Raya Puasa di mana ramai yang akan mengemas rumah.

Kebanyakan pelanggan menggunakan khidmatnya untuk melupuskan al-Quran lama, kitab-kitab agama dan buku madrasah yang tidak diperlukan lagi.

Abu Umar Services memberi pelanggan pilihan sama ada untuk pihak courier mengambil al-Quran itu ataupun mereka boleh menghantarnya sendiri ke bengkel.

Encik Shahrizal sering menyarankan kepada pelanggan agar meletakan al-Quran di bahagian atas beg plastik.

Setelah ditimbang di bengkel, pihaknya akan memberikan video yang telah dirakamkan pada pelanggan beserta invois untuk mereka membuat pembayaran.

Selain dari caj untuk courier, Abu Umar Services hanya meletakkan harga S$3.00 sekilogram untuk barang-barang yang perlu dilupuskan itu sebagai yuran pelupusan.

Adakah menguntungkan bagi syarikat tersebut meletakkan harga minimal sedemikian?

“Alhamdulilah semua cukup. Setakat ini saya rasa ia memadai untuk khidmat kami. Yuran kami tidak terlalu mahal sebab kita tahu ada orang yang kurang berkemampuan dalam masyarakat kita.”

Beliau rasa bersyukur pada Allah SWT kerana memberinya idea serta inisiatif untuk memulakan khidmat ini untuk masyarakat Islam di Singapura.

Secara tidak langsung ia dapat juga membantu mereka dalam hal ini.

Kongsinya semasa mengakhiri temu bual ini, “Ramai makcik-makcik kata Alhamdulillah sebab ada yang telah simpan banyak kitab al-Quran dari dulu dan tidak tahu bagaimana nak melupuskannya. Alhamdulillah, saya pun dapat pahala menolong masyarakat Islam.”

Beliau boleh dihubungi di talian + 65 9423 7552 atau layari  www.abuumar.com.sg - Getaran, 31 Julai 2021

Semua gambar: Abu Umar Services

Isu Pada

Jeritan Ezah Hashim

31 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad