Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Manisnya Rezeki Dari Pejabat Hingga Ke Ruang Dapur

Getaran mendekati dua wanita Singapura yang berhenti kerja sepenuh masa dan menjual manisan dari rumah.

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 11:00AM

Siti Hajar Binti Ibrahim (Modern Warung) dan Hamimah Said Shukor (Dserayabakes)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perniagaan dari rumah menjual beraneka kuih-muih, kudapan atau makanan telah lama dilakukan di Singapura. 

Ada antara mereka yang bermula dengan suka-suka sahaja atau ingin menambah rezeki sampingan.

Ada pula melihatnya sebagai alternatif untuk menjana pendapatan setelah berhenti bekerja sepenuh masa. 

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia juga antara pendorong mereka menceburi bidang perniagaan apabila rakyat digalakkan duduk di rumah dan hanya keluar bila perlu.

Getaran mendekati dua wanita gigih yang berniaga dari rumah dengan aneka juadah menarik hasil air tangan mereka. Selain berkualiti, produk mereka juga setanding dengan kafe atau kedai kek ternama di Kota Singa.

 

1. Siti Hajar Binti Ibrahim (Modern Warung)

Wanita berusia 33 tahun ini sangat bertuah kerana dibantu suaminya, Mohamed Fazil Mohd Shukor yang menjadi tulang belakang perniagaan mereka. 

Modern Warung sinonim dengan baklava serta cheesecake pelbagai perisa antaranya Nutella Burnt Cheesecake, Cookies and Creme Burnt Cheesecake, Original With Fruits and Chocolate Sauce, Honey Yuzu Burnt Cheesecake.

Perniagaan dari rumah mereka bermula pada Oktober 2019 dengan laksa ala Johor namun ditukar ke baklava serta pelbagai jenis kek keju. 

Kebetulan kek keju menjadi tular sekitar 2019. 

Trial and error. Saya jumpa resepi di internet, saya cuba dulu dan eksperimen tukar sana sini. Saya mahukan tekstur yang tepat untuk cheesecake, jadi saya berikan kepada suami, keluarga dan jiran untuk rasa dahulu,” katanya membuka bicara. 

“Antara yang trending sekarang kek keju lembut, molten dan berkrim. Kek keju Biscoff kami best seller untuk sesiapa yang suka kek keju yang lebih manis dan berkrim,” katanya lagi. 

Ketika penulis mencuba sendiri Original Cheesecake with Fruits dan Chocolate Sauce, ternyata ia amat berkrim, tidak terlalu manis, lembap dan lembut sesuai juga untuk kanak-kanak. Memang luar biasa.

Baklava Modern Warung yang rangup, lembut and enak juga popular sewaktu musim perayaan sebagai hadiah untuk keluarga serta teman-teman sebagai pengganti diri ketika rakyat digalakkan duduk di rumah sahaja.

Pelanggan boleh memilih perisa baklava original atau berperisa antaranya Dark Chocolate atau Mix Box Chocolate yang mengandungi Ruby Chocolate, Milk Chocolate, Dark Chocolate, Cookies and Cream dan Caramel Chocolate. Memang sedap dan mudah dikunyah serta sesuai untuk setiap lapisan umur!

“Kami sajikan pelbagai perisa kerana selera pelanggan berbeza. Ada yang nak rasa coklat putih juga,” katanya lagi mengenai baklava ring Modern Warung.

Suaminya, Encik Mohamed Fazil membantu bahagian logistik, menambah stok, membuat penghantaran dan melipat kotak sekiranya tidak bekerja. Puan Siti berpendapat adalah penting untuk mempunyai pasangan yang menyokong dalam hal ini.

Ketika ditanya, Encik Fazil mengakui berasa gembira dengan apa yang dilakukan isterinya kerana punya lebih banyak masa di rumah.

“Isteri saya dapat luangkan lebih masa dengan anak-anak kami. Dengan berniaga dari rumah, dialah bos dan tidak terikat lagi dengan waktu pejabat,” katanya. 

Modern Warung merancang untuk menambah menu dan akan kembali menjual laksa satu hari nanti atas permintaan pelanggan. 

Instagram : Modern Warung

 

2. Hamimah Said Shukor (Dserayabakes)

Wanita berusia 50 tahun ini nekad menamatkan perkhidmatan di sebuah bank tahun lepas kerana mahu fokus membakar kek dan kuih di bawah jenama Dserayabakes. 

Mengulas pembabitannya dalam dunia masakan, Hamimah berkata dia berguru secara online dengan seseorang dari Malaysia. 

Setakat ini Dserayabakes ada 20 menu termasuklah durian crepe, pai custard overload, pai Nutella cheese, Mango Tango, Korean cheese garlic bread dan Brownies Tower.

“Saya mahu mencari kelainan. Untuk durian crepe misalnya, ia bermusim dan saya guna isi durian Musang King sebagai intinya. 

“Pada mulanya saya guna isi durian Udang Merah namun tukar kepada Musang King sebab isinya lebih banyak, rasanya sedap dan baunya pun lain,” katanya. 

Setiap hari durian pembekal durian akan menghantar Musang King ke rumahnya. 

Penulis telah mencuba durian crepe Dserayabakes. Memang power! Crepenya pun lembut.

Kongsi Puan Hamimah, sesetengah orang hanya menggunakan pes durian namun beliau menggunakan isi durian Musang King kerana dapat memuaskan hati pelanggan yang akan menempah berulang-kali.

Untuk pai kastard pula, ia memang penuh dengan buah kiwi, pic, strawberi dan blueberry. Sesuai untuk dijadikan hadiah dan hantaran. 

“Saya  guna banyak telur untuk dapatkan tekstur kastard yang lembut dan susu segar untuk rasa lebih berkrim,” katanya. 

Ternyata pai kastard dan durian crepe paling digemari pelanggan apabila beliau menyiapkan 20 hingga 30 tempahan setiap hari. 

Pelanggan bukan Melayu menggemari brownies Dserayabakes manakala pelanggan Melayu lebih menyukai pai kastard untuk sambutan ulang tahun.

Kesemuanya beliau lakukan sendirian dan kadang-kadang dibantu anak perempuannya. 

“Saya boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Sambil bakar kulit pai, saya buat crepe,” katanya. 

Meskipun ada keinginan untuk menambah menu, hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana buat masa ini permintaan pai kastard dan durian crepe sangat tinggi. 

“Dulu saya pernah buat kombo donat dan brownies. Laku juga sewaktu COVID-19 mula-mula melanda tetapi sekarang belum berkesempatan kerana terlalu sibuk,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2021

Instagram: Dserayabakes

Semua gambar: Ihsan Modern Warung dan Dserayabakes serta akaun Instagram masing-masing

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Selera 1 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Pinggirkan Orang Asli Di KKB – Penduduk

oleh Noel Achariam

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis

Sukan 1 hari yang lalu

Liek Hou Gondol 2 Emas Di Sepanyol

Semasa 1 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi