web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengimport Didenda S$28,000, Seludup Tiram Beku Dari Malaysia

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 8:51AM

Daging tiram beku yang dirampas oleh SFA semasa menjalankan pemeriksaan di bilik sejuk beku pada Disember 2019. - Gambar SFA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Syarikat pengimport Sigma Food didenda S$28,000 pada Rabu kerana membawa masuk secara haram daging tiram beku dan kuning telur itik masin dari Malaysia, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA).

Berdasarkan maklumat yang diterima, SFA menyatakan pegawainya menemui 42 karton daging tiram beku yang tidak diisytiharkan semasa menjalankan pemeriksaan di bilik sejuk syarikat pengimport itu pada Disember 2019.

Lagi 8 kilogram daging tiram beku ditemui di kedai runcitnya. Muatan yang dibawa masuk secara haram itu dirampas.

SFA menyatakan siasatan mendapati Sigma Food membawa masuk dari Malaysia empat muatan daging tiram beku yang tidak diisytiharkan dari Oktober hingga November 2019.

Secara keseluruhan, 612.5 kilogram daging tiram beku dan 90 kilogram muatan kuning telur itik masin diimport secara haram, menurut SFA.

"Makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen dan setiap muatan mesti diisytihar dan diiringi dengan permit import yang sah.

"Produk-produk makanan yang diimport secara haram tidak diketahui sumbernya dan menimbulkan risiko keselamatan makanan. Telur dan produk-produknya hanya boleh diimport dari sumber bertauliah di negara-negara yang diluluskan yang mematuhi piawai dan keperluan keselamatan makanan kami," menurut SFA.

Mereka yang mengimport produk makanan laut secara haram boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didapati bersalah mengimport produk telur secara haram boleh didenda tidak lebih S$10,000, dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar