web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Ada Yang Pandang Rendah Pada Pekerjaan Kami, Suruh Berambus' - Penghantar Makanan

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 2:22PM

Raphael dan Hui Shan berkongsi kisah sebagai penghantar makanan. - Gambar 8Days.sg

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Dua pekerja penghantaran makanan baru-baru ini menjadi tetamu dalam rancangan 'Spill It' oleh You Got Watch, sebuah siri di YouTube. 

Mereka menceritakan pengalaman berurusan dengan pelanggan serta berdepan pelanggan yang kelaparan hingga ke pesanan yang pelik dan tidak masuk akal.

Episod tentang pekerjaan sebagai pekerja penghantaran makanan itu menampilkan Raphael yang sudah melakukan tugas itu sejak dua tahun lalu disebabkan oleh waktu kerja fleksibel yang ditawarkan serta "pendapatan lebih baik semasa tempoh COVID-19".

Dia digandingkan dengan Hui Shan, seorang pemuzik yang beralih ke pekerjaan berkenaan sejak setahun lalu selepas kehilangan tawaran membuat persembahan secara langsung apabila pandemik melanda.

Mereka mendedahkan pengalaman peribadi masing-masing berdepan dengan pelanggan yang tidak menyenangkan serta permintaan yang luar biasa.

“Saya pernah ada beberapa pelanggan yang mengatakan kepada saya: ``'Oh anda lambat tapi tak mengapa. Saya tahu orang bertatu tiada masa depan, sebab itu anda jadi pekerja penghantaran makanan," luah Raphael yang mempunyai tatu di lengannya.

Sementara itu, Hui Shan pula mendedahkan salah satu daripada permintaan paling aneh yang pernah diterimanya daripada seorang pelanggan.

"Seseorang mahu menghantar sesuatu kepada seorang kawan tetapi tidak mahu menyatakan siapakah pengirimnya. Jadi saya kata:

"Saya okay (untuk sampaikan mesej)... Jadi mereka beritahu saya untuk membaca seluruh bahagian fasal siam diu (disko Thai) dan berparti dan sebagainya. Jadi saya pergi ke pintu itu dan menghantar (makanan). Orang itu (yang menerima makanan) berkata "Sshhh ibu saya di belakang saya,'' kata Hui Shan.

Raphael kemudian membuka cerita tentang sesetengah pelanggan yang mengharapkan pekerja penghantaran makanan melakukan sesuatu yang mustahil.

Dia yang menghantar makanan dengan mengayuh basikal, mengimbas kembali "satu pengalaman yang benar-benar menjengkelkan" apabila seorang pelanggan memesan cendol dari Novena untuk dihantar ke rumahnya di Serangoon Gardens.

“Beliau memarahi saya, bertanya kenapa aiskrimnya cair. Saya ingat lagi betapa saya begitu bengang terhadapnya. Saya memberitahunya, 'Puan, awak ambil kiub ais dari peti sejuk dan letakkan di tangan anda, ia cair atau tidak? Saya datang dari Novena, awak ingat saya bawa peti sejukkah?'" imbasnya.

Pelanggan itu kemudiannya mengemukakan aduan kepada (khidmat) sokongan pelanggan dan mereka telah menghubungi Raphael.

``Saya beritahu mereka dengan cara paling baik bahawa beliau (pelanggan) memaki hamun saya, panggil saya bodoh dan buatkan aisnya cair. Awak rasa saya ambil pemetik api dan buat begini (melambaikannya di bawah sebuah mangkuk cendol seperti ini)?" katanya.

Raphael turut mendedahkan salah satu cabaran yang menguji kesabaran semasa melakukan pekerjaan itu yang tidak dapat dielakkan adalah masa menunggu di restoran.

''Restoran akan memberitahu kami, 'sekiranya anda tidak sabar, maka batalkan saja (pesanan]).' Tetapi setiap kali kami membatalkannya, insentif kami akan berkurangan, maka itu kami mungkin perlu menyelesaikan misalnya lagi 10 perjalanan secara berturut-turut.

“Kadangkala apabila saya berjalan masuk ke dalam restoran dengan pakaian seragam penghantaran, mereka akan berkata pekerja penghantaran tidak dibenarkan berada di dalam dan memberitahu saya supaya menunggu di luar kerana berpeluh,'' katanya.

Hui Shan menyampuk: "Kami juga pelanggan. Kami juga mampu membeli makanan di sana. Tetapi mereka melayan kami seolah-olah kami ini adalah golongan bawahan (dan menyuruh kami) berambus."

Di sebalik semua itu, pekerjaannya tidaklah seteruk mana.

Dalam video tersebut, Raphael dan Hui Shan juga 'membocorkan' rahsia lain di sebalik bekerja dalam industri itu, manfaatnya seperti pelanggan yang memberi tip lumayan sehingga S$70 dan jumlah pendapatan yang dibawa pulang dalam seminggu. - Berita MediaCorp

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad