web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sesetengah Ekspatriat Sudah Mula Tinggalkan Singapura

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 12:59PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Sekatan-sekatan yang dikuatkuasakan di Singapura bagi membendung penularan lanjut COVID-19 mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan sesetengah ekspatriat di sini.

Kekecewaan terhadap sekatan perjalanan dan vaksinasi serta kebimbangan terhadap mata pencarian mereka menyebabkan sebilangan golongan tersebut meninggalkan negara ini untuk pulang ke negara asal ataupun ke hab kewangan lain, seperti Dubai.

Misalnya, ketidaktentuan sekatan yang kadangkala diperketat dan kadangkala pula dilonggarkan serta ketidakpastian terhadap kehidupan mereka dalam masa beberapa bulan mendatang menyumbang kepada keputusan seorang pakar runding pengurusan, 31 tahun, untuk pulang ke Portugal.

Tambahan pula, golongan ekspatriat bawah usia 40 tahun juga adalah kumpulan paling akhir dalam menantikan giliran untuk mendapatkan vaksin dengan rakyat Singapura yang berusia 12 tahun hingga 39 tahun diberikan keutamaan untuk membuat pendaftaran bagi suntikan vaksin sepanjang tempoh hampir tiga minggu.

Pendaftaran hanya dibuka kepada penduduk bukan rakyat Singapura minggu lalu.

"Ia adalah salah satu cara Singapura menunjukkan bahawa ia tidak begitu mesra terhadap golongan ekspatriat dan ia akan sentiasa mengutamakan rakyatnya sendiri sebelum pendatang asing," luah pakar runding yang tidak mahu dikenali itu.

Selain itu, kepayahan mencari kerja juga menambah kepada kebimbangan golongan ekspatriat.

"Misalnya jika anda diberhentikan kerja dan anda adalah seorang pengarah kanan, ia amat sukar untuk mencari pekerjaan bagi seorang EP (pemegang pas pekerjaan yang mendapat gaji sekurang-kurang S$4,500 sebulan)," kata Richard Aldridge dari Black Swan Group, sebuah syarikat pengambil pekerja bagi khidmat kewangan.

"Anda harus bersikap fleksibel jika mahu tinggal di sini."

Meskipun pemegang EP membentuk sesuku penempatan pekerja Black Swan di Singapura pada 2019, bilangan tersebut pada 2021 menjunam menjadi sifar.

"Mereka adalah pilihan paling akhir sekali sepanjang dua atau tiga bulan ini," dedah Encik Aldridge.

Statistik rasmi mengenai golongan ekspatriat yang memperbaharui visa mereka sukar untuk diperolehi tetapi Encik Adam Sloan, seorang pengarah urusan di Santa Fe Relocation berkata mereka yang meninggalkan Singapura melebihi jumlah mereka yang datang ke sini.

Menurut beliau, jumlah harian keluarga-keluarga yang dibantu pihak syarikat untuk berpindah keluar melonjak dari 20 pada tahun lalu kepada antara 30 dengan 35 setakat Jun ini. - berita.mediacorp.sg
 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad