web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ugut Bunuh Neal Maupay, Remaja Dihukum

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 1:47PM

Derek Ng De Ren (kanan) keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman sembilan bulan dengan pengawasan dan 40 jam kerja-kerja khidmat masyarakat kerana mengugut untuk membunuh Neal Maupay. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang remaja dijatuhkan hukuman percubaan selama sembilan bulan dengan pengawasan dan khidmat masyarakat selama 40 jam gara-gara mengugut untuk membunuh pemain bola sepak Perancis, Neal Maupay di Instagram.

Derek Ng De Ren, 19, didakwa menghantar beberapa pesanan mengancam nyawa penyerang Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion itu pada tahun lalu dari Singapura, menurut dokumen mahkamah.

Remaja itu bertindak sedemikian kerana marah selepas menonton perlawanan EPL di televisyen yang menyaksikan perlanggaran antara Maupay dan penjaga gol Arsenal, Bernd Leno pada Jun tahun lalu hingga menyebabkan penjaga gol itu terpaksa dikeluarkan pada babak pertama.

Penyerang Brighton tersebut kemudian menjaringkan gol kemenangan penting untuk pasukan yang berada dalam tangga tercorot liga itu.

De Ren menyalahkan Maupay atas kekalahan Arsenal hingga mendorong dia menghantar beberapa mesej ugutan bunuh terhadap Maupay dan keluarganya di Instagram.

"Anda fikir anda dapat melarikan diri kerana mencederakan Leno? Tidak mungkin. Tetapi jangan bimbang anda akan selamat, anda tidak akan terluka. Lebih seronok melihat anda merasa sakit ketika orang yang anda sayangi mengalami penderitaan," tulisnya.

Hakim Mahkamah Daerah, May Mesenas menjatuhkan hukuman percubaan selama sembilan bulan, 40 jam khidmat masyarakat dan perintah berkurung dari jam 10 malam hingga 6 pagi terhadap De Ren, selain memerintahkannya mendapatkan rawatan psikologi dan psikiatri.

Hakim menyatakan kepada De Ren, melakukan ugutan bukanlah cara yang betul dan masa depannya akan terancam sekiranya dia gagal mengawal emosi.

Peguam defendan, Mark Yeo, menyatakan anak guamnya menyesal dan menulis surat permohonan maaf kepada Maupay serta mendapatkan khidmat nasihat profesional ketika menjalani perkhidmatan nasional wajibnya dalam angkatan tentera Singapura.

Sementara itu, pendakwa raya negeri menyatakan bahawa dengan menggunakan akaun tanpa nama dan tidak mendedahkan lokasi, De Ren boleh mendatangkan bahaya kepada Maupay.

De Ren, yang mengaku bersalah atas dua tuduhan gangguan itu boleh dikenakan denda dan penjara hingga enam bulan untuk setiap tuduhan. - AFP

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar