web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelanggan Minta Pulangkan Wang Gara-Gara Kulit Udang Tak Dikupas

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 3:27PM

Gambar dari Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Penjual mi udang Deanna's Kitchen baru-baru ini kebingungan apabila seorang pelanggan meminta wangnya dikembalikan gara-gara kulit udang tidak dikupas.

Beliau menerima emel daripada syarikat penghantar makanan Deliveroo yang menyatakan salah seorang pelanggan gerainya meminta bayaran balik kerana udang dalam hidangan tersebut tidak dikupas kulitnya, seperti yang diminta.

Deanna's Kitchen kemudian memuat naik petikan skrin emel itu di laman Facebook mereka bersama sebab-sebab mengapa mereka tidak akan memulangkan duit pelanggan itu.

"Gambar yang dipetik jelas menunjukkan bahawa pelanggan ini sudahpun habis makan tiga suku mi itu dan semua kepah dalam hidangan tersebut tetapi disebabkan kulit udangnya tidak dikupas, beliau mahu dipulangkan sepenuhnya harga mi," tulis Denise dari Deanna's Kitchen.

Dalam pada itu, beliau memohon para pelanggan agar menunjukkan belas kasihan kerana ia amat mencabar bagi mereka untuk mengurus perniagaan di tengah-tengah tempoh pandemik.

Deanna's Kitchen juga enggan memulangkan wang pelanggan itu dan kemudian dalam kemas kini catatan berkenaan, menyatakan bahawa Deliveroo tidak akan memotong jumlah tersebut daripada akaun mereka.

Sebelum itu, gerai makan berkenaan diminta memulangkan S$10 daripada hidangan yang secara keseluruhannya berharga S$26.

Catatan Facebook itu meraih lebih 500 likes dan sudahpun dikongsi lebih 300 kali dengan komen-komen dari pelanggan yang berkata permintaan pelanggan berkenaan tidak masuk akal. - TODAY/SM/fz
 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran