web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Lee Kembali Bertugas Selepas Pulih Daripada COVID-19

Singapura Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 11:29AM

Lee Hsien Loong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA -  Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kembali bertugas hari ini, selepas ujian saringan COVID-19 yang dijalani pada Ahad menunjukkan keputusan negatif.

Pada 22 Mei lalu, Lee, 71, disahkan positif COVID-19 buat kali pertama sejak wabak itu melanda Singapura pada tahun 2020. 

“Saya kini negatif COVID-19 dan akan kembali bertugas pada Isnin. Terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan selamat kepada saya,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.

Lee sepatutnya menghadiri sambutan dua abad Raffles Institution, namun doktornya menasihati beliau supaya berehat. 

Raffles Institution meraikan ulang tahun ke-200 pada Ahad.

Lee mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan Chan Chun Sing kerana telah menyampaikan ucapan bagi pihak beliau. 

Lee berkata Raffles Institution yang diasaskan pada 1823 telah mengekalkan etos dan semangat yang kukuh serta membina reputasi untuk kepimpinan pelajar, kecemerlangan akademik dan perkhidmatan kepada negara sejak 200 tahun yang lalu.

“Untuk meneruskan legasi generasi terdahulu ini, Raffles Institution mesti memenuhi misinya melahirkan perintis dan generasi pemimpin akan datang yang menjiwai semangat egalitarianisme untuk setiap bakat yang ada, kecemerlangan setiap bidang dan perkhidmatan dalam pelbagai domain.

“Dengan cara ini,  Raffles Institution boleh terus memainkan peranan penting bagi membantu Singapura berkembang dengan lebih rancak buat anak-anak kita untuk tahun-tahun mendatang,” tulis Lee. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad