web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Sanggup Tunggu Sampai 2 Jam’: Ini Kisah Pemilik Char Kway Teow Halal Di Singapura

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 9:14AM

Anis Ang bersama char kway teow terkenalnya. Gambar dari Yip Jieying/8Days

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang peniaga char kway teow di Bukit Merah, Singapura mempunyai peminat tegar tersendiri kerana kelazatan hidanganya itu.  

Walaubagaimanapun, pemilik gerai 786 Char Kway Teow Anis Ang, 56, sentiasa berendah diri.

“Char kway teow saya biasa-biasa sahaja. Hanya tiada daging dan lemak babi.

“Ada juga yang mengadu bila ia tidak menepati selera mereka,” katanya kepada Mediacorp.

Gerai Anis di Pasar & Pusat Makanan Bukit Merah View adalah antara satu daripada segelintir gerai kuetiau goreng halal milik Muslim di Singapura.

Beliau juga berkongsi yang nana gerainya berdasarkan nombor simbolik Islam yang berasal dari numerologi Arab bagi perkataan bismillah.

Dilahirkan sebagai Ang Hock Peng, Anis memeluk Islam pada Jun 2011. Beliau memilih nama Anis yang membawa maksud kawan rapat dalam bahasa Arab atas nasihat guru agamanya.

Sebelum memeluk Islam Anis berkata yang dia seorang agnostik.

“Saya suka agama ini, ia sangat indah. Setelah memeluk Islam saya rasa hidup ini ada erti, hala tujuan, dan sesuatu yang perlu dicapai,” katanya

Anis, yang masih bujang, mula mengkaji tentang Islam kerana sifat ingin tahu.

“Saya tertanya-tanya mengapa orang memakai tudung, jadi saya cuba mencari jawapan.

“Selepas berjumpa dengan jawapan itu saya menjadi sangat hormat dengan agama ini,” katanya.

Keluarga beliau pada mulanya menentang keputusannya untuk memeluk Islam, sampai menyebabkan hubungan mereka menjadi keruh, namun lama-kelamaan ia menjadi baik semula.

Anis berkongsi tentang pengalamannya berpuasa di bulan Ramadan di mana pada mulanya sukar untuk dia menyesuaikan diri.

“Saya pada awalnya tidak terbiasa dengan puasa. Saya masih harus bekerja, dan kerja saya membuat saya banyak berpeluh,” katanya.

Anis akan menutup gerainya sementara untuk solat. - Gambar dari Yip Jieying/8Days
Anis akan menutup gerainya sementara untuk solat. - Gambar dari Yip Jieying/8Days

Dia juga solat tiga daripada lima waktu wajib di gerainya yang sempit di mana terdapat sehelai sejadah, senaskah Al-Quran terjemahan ke bahasa Cina dan radio untuk memainkan azan.

Beliau berkata yang pelanggan biasanya tahu yang bila pintu gerainya tertutup dia sedang menunaikan solat dan bukan kerana tidak berniaga.

“Ada yang akan duduk di luar gerai dan menunggu saya selesai solat,” tambah Anis.

Anis sangat mementingkan kebersihan gerainya, sudah sedekad beliau menjual kuetiau goreng di Bukit Merah namun gerainya sangat bersih dan teratur.

Sehingga ada yang mungkin menyangka ia adalah gerai baharu.

Pada asalnya gerainya itu dimiliki oleh neneknya yang menjual zi char (nasi campur) sebelum Anis mengambil alih perniagaan itu 20 tahun lalu.

Seorang bekas chef jamuan Cina, Anis beralih kepada menjual kuetiau goreng pada 2010 kerana kekurangan tenaga kerja.

“Saya tidak perlu mengaji pembantu kerana menggoreng kuetiau tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai,” katanya.

Orang ramai sanggup beratur sehingga dua jam untuk menikmati kuetiau masakan Anis.

Beliau berkata yang mereka perlu menunggu lama kerana dia sudah berumur dan lambat membuat kerja.

Gerainya tidak menghidangkan makanan lain kecuali char kway teow.

“Kalau sedap, satu hidangan pun sudah cukup baik. Saya menakluki seluruh pasar dengan melayani semua orang dari bangsa Cina, Melayu dan India,” katanya.

Kuetiau goreng Anis berbeza dengan yang dimasak di gerai lain.

Beliau akan mengukus kuetiau dan mi kuning dengan menutup dengan penutup kuali sebelum menggorengnya dengan kicap pekat, kicap cair, telur dan tauge.

Oleh kerana char kway teow yang dimasaknya tidak mengandungi daging atau lemak babi, Anis membuat resipi sendiri yang menggunakan campuran perasa dan sos rahsia untuk menambah rasa.

Cara Anis memasak ini menghasilkan kuetiau dan mi yang lebih lembut dikunyah berbanding kuetiau biasa. - Getaran, 4 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad