web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Dapat 900 Kuota Untuk Musim Haji 2023 - Masagos Zulkifli 

Singapura Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 10:53AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura telah mendapat peruntukkan 900 kuota rasmi bagi musim haji 2023, umum Menteri bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam republik itu, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dalam hantaran terkini di Facebooknya, menteri itu berkata beliau dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah telah menandatangani Perjanjian Haji bagi Singapura sebagai persediaan menghadapi musim haji 2023 pada Jun.

Masagos Zulkifli kini berada di Arab Saudi atas undangan Dr Tawfiq untuk menghadiri Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah.

“Ibadah haji merupakan rukun Islam yang penting dan ramai umat Islam di seluruh dunia termasuk jemaah haji Singapura kita tidak sabar untuk menunaikan ibadah haji. 

“Walaupun kami ingin mendapatkan lebih banyak tempat untuk haji, kami mohon anda faham bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir dan pihak berkuasa Haji dan Umrah di Arab Saudi mengutamakan kesihatan, keselamatan serta kemaslahatan para jemaah,” kata beliau. 

Dalam mesyuarat dua hala, Dr Tawfiq meyakinkan bahawa beliau dan pasukannya memahami aspirasi mendalam bakal jemaah haji dan akan menyemak permintaan Singapura untuk menerima lebih banyak peruntukkan kuota haji. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau dan kami berdua bersetuju untuk terus bekerja rapat bagi membantu lebih ramai jemaah haji Singapura menunaikan haji pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata Majlis Ugama Islam Singapura atau Muis akan bekerja rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi serta Ejen Penjualan Pakej Haji dan Umrah (GSA) Singapura untuk pakej musim Haji 2023. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad