web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Suntikan Vaksin Kekal Syarat Wajib Pas Pekerja Dan Jangka Panjang Di Singapura

Singapura Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 5:28PM

Bukti vaksinasi juga diperlukan untuk tujuan pembaharuan pas kerja sedia ada bagi pemegang Pas S dan Permit Kerja dalam pelbagai sektor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Suntikan vaksin COVID-19 akan kekal menjadi syarat kelulusan bagi permohonan baharu pas jangka panjang dan pas kerja di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu.

MOH dalam satu kenyataan, memaklumkan langkah itu diambil bagi mengekalkan kadar vaksinasi yang tinggi dalam populasi di Singapura, di samping menyokong pembukaan semula sektor ekonomi yang selamat dan meminimumkan gangguan perniagaan.

Selain itu menurut MOH bukti vaksinasi juga diperlukan untuk tujuan pembaharuan pas kerja sedia ada bagi pemegang Pas S dan Permit Kerja dalam sektor pembinaan, limbungan marin dan pemprosesan atau mereka yang tinggal di asrama pekerja.

Langkah itu dilihat penting memandangkan tapak pembinaan dan asrama pekerja ialah kawasan berisiko tinggi mengalami penularan penyakit.

Bagaimanapun, bukti vaksinasi tidak lagi diperlukan untuk tujuan pembaharuan pas kerja lain.

Keperluan menyemak semula vaksinasi untuk tujuan pembaharuan pas kerja akan berkuat kuasa mulai 1 Okt 2022, dan orang ramai boleh merujuk laman sesawang Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk butiran lanjut.

Sementara itu, MOH memaklumkan semua pelancong yang tidak lengkap vaksin COVID-19, serta memasuki Singapura mulai 29 Ogos 2022 tidak lagi diminta menjalani kuarantin di rumah (SHN) selama tujuh hari selepas ketibaan, atau tertakluk kepada ujian PCR.

Bagaimanapun, mereka tetap diwajibkan menjalani ujian pengesanan COVID-19, serta negatif ujian pra-berlepas dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Singapura.

Pelawat Jangka Pendek (STV) yang tidak lengkap vaksinasi dikehendaki membeli insurans perjalanan COVID-19. 

Pada masa ini, pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) dan STV berusia 13 tahun ke atas yang tidak lengkap vaksinasi dikehendaki memohon kelulusan untuk memasuki Singapura.

Keperluan itu juga akan ditarik balik mulai 29 Ogos 2022, menurut kenyataan itu.

Memandangkan LTPH dijangka tinggal di Singapura untuk tempoh lebih lama, mereka dikehendaki memenuhi semua keperluan Langkah Pengurusan Selamat (VDS) selepas tiba di Singapura.

Bilangan jangkitan dalam komuniti terus menunjukkan trend penurunan sejak akhir Julai, dan nisbah jangkitan minggu ke minggu berada di bawah paras 0.7.

Sehingga 23 Ogos 2022, purata jangkitan harian untuk tempoh tujuh hari adalah 2,700 - turun berbanding 10,200 pada pertengahan Julai. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam