web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejayaan Singapura Harungi Cabaran Bersandarkan 3 Asas - PM Lee

Singapura Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 7:55AM

Lee Hsien Loong - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Kejayaan Singapura dalam menangani cabaran bergantung kepada tiga asas, iaitu "rakyat bersatu, pasukan kepimpinan berkualiti tinggi dan kepercayaan tinggi antara rakyat dan pemimpin mereka," kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan, Lee menyentuh beberapa cabaran seperti menangani COVID-19 dan persediaan untuk pandemik seterusnya; menangani bahaya geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi; mengendalikan isu domestik yang sensitif, dan merancang serta membina Singapura untuk jangka panjang.

“Ini penting jika kita ingin bertindak secara kreatif dan berdaya tahan terhadap cabaran, tahun demi tahun. Kami mungkin mempunyai rancangan yang terbaik, tetapi tanpa tiga asas ini, rancangan itu akan menjadi sia-sia,” kata perdana menteri berusia 70 tahun itu dalam ucapannya bertajuk “Menjamin Masa Depan Kita”.

Lee berkata kerana kepentingan perkara itu beliau berulang kali menekankan hal berkenaan dengan pendekatan berbeza. 

“Khususnya, kepimpinan yang baik tidak akan dipertikaikan.

“Lihat negara yang kerajaannya tidak stabil dan politik yang tidak menentu, sering bertukar dari satu pilihan raya ke pilihan raya yang lain.

“Apabila keadaan tidak berjaya seperti yang dirancang, pemimpin dipaksa keluar, atau meletakkan jawatan secara beramai-ramai. Tetapi walaupun selepas bertukar pasukan, keadaan masih tidak berubah. Dasar dan undang-undang sama ada tidak pernah melalui kebuntuan politik atau dibuat oleh satu kerajaan sahaja untuk diulangi kerajaan seterusnya,” katanya.

Lee berkata lazimnya bukan hanya pemimpin mengecewakan, tetapi keseluruhan sistem yang telah gagal."

“Akibatnya kehilangan kepercayaan yang dahsyat: bukan sahaja kepada ahli politik atau parti tertentu, tetapi dalam keseluruhan sistem dan kelas politik,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan negara kecil seperti Singapura mempunyai "margin sifar untuk melakukan kesilapan."

“Bukan sahaja kejayaan berterusan Singapura, tetapi kelangsungan hidup kita, bergantung kepada pemimpin sejati. Pemimpin yang berintegriti, berdedikasi dan cekap. Pemimpin yang mempunyai keyakinan untuk membuat keputusan sukar dan melakukan perkara yang betul.

Menurutnya, penggantian kepimpinan satu hal yang sangat penting.

“Apabila COVID-19 melanda, saya terpaksa menangguhkan rancangan penganti saya. Sekarang kita belajar untuk hidup bersama COVID-19, dan memasuki normal baharu. Menteri-menteri yang lebih muda telah memilih Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong untuk memimpin mereka.

"Saya gembira perkara itu selesai, dan rancangan penganti saya kembali ke landasan," katanya.

Dalam ucapan bahasa Inggerisnya yang mengambil masa kira-kira sejam, Lee antara lain mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Seksyen 377A (s377A) Kanun Keseksaan dan menjadikan hubungan seks antara lelaki bukan satu jenayah.

Bagaimanapun, Lee menyatakan bahawa "walaupun kami memansuhkan s377A, kami akan mendukung dan melindungi institusi perkahwinan." - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad