web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maybank Singapore Tarik Balik Saman Ke Atas Pengerusi NFC, Anak Berhubung Pinjaman S$2.53 Juta

Singapura Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 7:20AM

Mohamad Salleh Ismail - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Maybank Singapore Limited hari ini menarik balik samannya terhadap Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anaknya yang didakwa gagal membayar dua pinjaman perumahan berjumlah S$2.53 juta bagi pembelian hartanah di Singapura.

Mohamad Salleh merupakan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Peguam Wan Mohammad Arfan Wan Othman yang mewakili Mohamad Salleh dan dua anaknya, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah berkata Maybank Singapore selaku plaintif menarik balik saman itu berikutan satu perjanjian penyelesaian telah dicapai oleh kedua-dua pihak.

“Hakim Mahkamah Tinggi Atan Mustaffa Yussof Ahmad membenarkan saman itu ditarik balik dengan kebebasan untuk plaintif (Maybank) memfailkan semula saman baharu dan tiada perintah mengenai kos,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding kes itu yang berlangsung secara dalam talian.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pihak plaintif menarik balik kes saman itu selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran permohonan Maybank Singapore untuk mendapatkan penghakiman terus yang turut dihadiri peguam Tan Hui Ru mewakili bank itu.

Pada 19 Julai tahun lepas, Maybank Singapore dalam pernyataan tuntutannya mendakwa atas permintaan kesemua defendan, plaintif telah memberi pinjaman perumahan untuk hartanah di Orchard Scotts, Singapura sebanyak S$4.3 juta tertakluk kepada terma dan syarat dalam surat-surat tawaran bertarikh 20 Nov 2009 dan 10 Nov 2017.

Kesemua defendan didakwa telah ingkar untuk membayar ansuran bulanan sebanyak S$7,225 dan plaintif telah menarik balik pinjaman serta menuntut pembayaran penuh sebanyak S$3.94 juta yang merupakan jumlah terhutang setakat 22 Jun 2018 bersama dengan faedah yang terakru ke atasnya.

Plaintif mendakwa telah melaksanakan haknya di bawah Gadai Janji dan memperoleh perintah mahkamah bertarikh 23 Jan 2019 daripada Mahkamah Tinggi Singapura untuk mendapatkan semula hartanah serta menjualnya melalui satu lelongan pada 28 Jun 2019 dengan harga S$3.2 juta.

Bagaimanapun, harga jualan itu tidak mencukupi untuk melangsaikan keseluruhan jumlah hutang di bawah pinjaman tersebut yang masih tertunggak sebanyak S$1.37 juta.

Bagi hartanah kedua, plaintif mendakwa memberi pinjaman perumahan sebanyak S$5.3 juta kepada Mohamad Salleh dan Wan Shahinur untuk pembelian hartanah di Central Boulevard, Singapura dengan ansuran bulanan S$8,700.

Plaintif mendakwa mereka telah gagal melunaskan tunggakan dalam pembayaran pinjaman itu dan menuntut S$5.05 juta yang merupakan jumlah tertunggak dan terhutang setakat 4 Jun 2018 bersama dengan semua faedah yang terakru ke atasnya. 

Plaintif kemudian melaksanakan haknya di bawah Gadai Janji dan memperoleh perintah mahkamah bertarikh 23 Jan 2019 daripada Mahkamah Tinggi Singapura untuk mendapatkan semula hartanah itu dan menjualnya pada harga S$4.68 juta.

Dakwa plaintif, harga jualan hartanah itu tidak mencukupi untuk melangsaikan keseluruhan keberhutangan di bawah pinjaman itu dan menuntut kedua-dua defendan membayar S$1.16 juta bersama dengan faedah yang terakru ke atasnya.

Sehubungan itu, plaintif memohon untuk memasukkan penghakiman terhadap kesemua defendan antaranya menuntut jumlah terhutang sebanyak S$1.37 juta daripada ketiga-tiga defendan dan S$1.16 juta daripada Mohamad Salleh dan Wan Shaninur serta perintah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar