web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Firefly Sambung Operasi Penerbangan Ke Singapura

Singapura Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 4:05PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Firefly, unit milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini menyambung semula operasi penerbangannya ke Lapangan Terbang Seletar di sini yang digantung sejak Mac 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19.

Penerbangan FY3124 berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan tiba dengan 64 penumpang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Philip See dan delegasi yang mengiringi beliau pada pagi ini.

Penerbangan sulung Firefly ke Seletar adalah pada April 2019.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, See berkata beliau berharap permintaan akan meningkat dan beransur-ansur kembali semula ke paras seperti sebelum pandemik.  

Syarikat penerbangan itu yang menggunakan enam pesawat  ATR, enjin berkembar turboprop terbang setiap hari ke Singapura sebelum ini, dan menawarkan penerbangan dua kali sehari buat masa ini. 

“Kami akan melihat kepada prestasi semasa penerbangan dua kali sehari ini terlebih dahulu sebelum memutuskan garis masa yang jelas. Jika permintaan meningkat, kali akan melakukan secara berperingkat dua kali dan kemudiannya empat kali dan enam kali,” katanya.

Mengenai unjuran penumpang sehingga akhir tahun ini, See berharap ia boleh mencecah 60,000 hingga 70, 000 apabila kekerapan penerbangan ditambah.

Menurutnya sebelum COVID-19, dengan jumlah enam penerbangan sehari muatan penumpang adalah kira-kira 50 peratus hingga 60 peratus.

Sementara itu apabila ditanya sama ada Firefly akan menawarkan penerbangan ATR bagi laluan Pulau Pinang-Seletar, beliau berkata tidak buat masa ini kerana pesawat itu tidak mempunyai kapasiti dan jarak untuk terbang di laluan itu dan perlu melakukannya menerusi Lapangan Terbang Changi. 

“Kami akan menilainya. Kami belum mengesahkan apa-apa lagi. Kami perlu melakukan penilaian pasaran. Ia perlu dilakukan dari Changi kerana Seletar hanya menerima operasi penerbangan turboprop dan turboprop tidak mempunyai kapasiti atau jarak untuk menawarkan laluan Pulau Pinang-Singapura.  

“Susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa, kami perlu membuat keutamaan laluan dan pasaran mana yang akan difokuskan,” katanya.

See berkata Firefly tidak akan menyambung semula penerbangan antarabangsa ke destinasi lain dalam tempoh 12 bulan akan datang atau berkembang ke destinasi baharu. 

“Kami akan menumpu untuk menjayakan laluan Subang-Seletar. Menambah muatan dan kuantiti kerana pasaran tersebut adalah besar. Kami mahu menumpukan kepada itu buat masa ini,” katanya. 

Ditanya mengenai kekangan tenaga kerja dalam industri penerbangan, beliau berkata buat masa ini Firefly tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar.

“Reka bentuk lapangan terbang (Subang dan Seletar) adalah sangat mudah. Kami tidak berdepan dengan kerumitan seperti mana yang mungkin anda lihat di hab transit utama seperti KLIA atau Changi di Singapura.

Bagaimanapun, katanya, syarikat penerbangan itu akan melihat perkembangan operasinya setiap hari. 

“Persekitraan di sini sangat tidak menentu, bukan hanya di Singapura tetapi di seluruh rantau ini. Jadi kami akan memantaunya dengan sangat berhati-hati,” katanya. 

Firefly mengendalikan pesawat turboprops ATR 72-500, menghubungkan ke pelbagai destinasi di Segi Tiga Pertumbuhan Malaysia, Singapura, Selatan Thailand dan Sumatera, sambil menyelaras dengan agenda Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Syarikat penerbangan itu melancarkan operasi baharu dengan pesawat Boeing 737-800s dari Pulau Pinang menghubungkan ke wilayah utara dan selatan Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad