Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Singapura Lapor 3 Kes Tempatan Varian Omicron BA.4, BA.5

Singapura Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 11:26AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura pada Isnin merekodkan kes COVID-19 jangkitan tempatan melibatkan dua kes varian BA.4, dan satu kes varian BA.5, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

“Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5,” memetik laman sesawang MOH.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah baru-baru ini mengklasifikasikannya sebagai Varian Membimbangkan (VOC).

Varian BA.4 dan BA.5 dikesan melalui ujian terhadap sampel positif tindak balas rantai polimerase (PCR) serta disahkan melalui penjujukan genom (WGS).

“Semua kes sama ada tanpa gejala atau mempunyai simptom ringan seperti demam, batuk, hidung berair dan sakit tekak; dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

“Mereka telah lengkap divaksinasi, dan menerima dos penggalak mereka,” menurut kenyataan itu.

Ketiga-tiga kes telah menjalani kuarantin kendiri setelah diuji positif COVID-19.

Varian BA.4 dan BA.5 pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan pada awal 2022 dan sejak itu menjadi varian dominan.

Kedua-dua varian mengandungi mutasi spike protein dan dilihat menjejaskan sistem imun dan kadar keberjangkitan lebih tinggi berbanding BA.1 dan BA.2 yang menyebabkan gelombang Omicron awal tahun ini.

Memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya 1,000 kes BA.4 dan BA.5 telah dilaporkan di sekurang-kurangnya 16 negara setakat 11 Mei 2022.

“Kami akan meningkatkan pengawasan dan terus memantau penularan BA.4 dan BA.5 di Singapura,” tambah kementerian itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

4

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

2

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

3

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Kes Tembak Di Pasir Mas

Semasa 1 hari yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras

Semasa 5 jam yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan