web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Singapura Tangguh Hukuman Mati Ke Atas Datchinamurthy

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 4:10PM

K Datchinamurthy - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Mahkamah Tinggi Singapura pada Khamis membenarkan penangguhan hukuman mati terhadap warga Malaysia, K Datchinamurthy, yang sepatutnya menjalani hukuman pada Jumaat, 29 April, dua hari selepas pelaksanaan hukuman Nagaentran Dharmalingam.

Menurut peguam Singapura, M Ravi, kebenaran penangguhan itu diberikan berasaskan alasan “menunggu keputusan perbicaraan berhubung dakwaan pelanggaran peraturan penjara yang dijadual pada 20 Mei”.

“Datch (Datchinamurthy) sepatutnya dihukum gantung esok,” kata M Ravi dalam hantaran terbaharunya di Facebook.

Datchinamurthy, 36, didakwa mengedar 44.96 gram (g) diamorphine ke Singapura pada 2011 dan dihukum mati pada 2015, manakala Nagaentran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009.

Permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman difailkan sendiri oleh Datchinamurthy dan perbicaraan mengenai penangguhan itu dibuat secara tertutup pada 9.30 pagi Khamis.

M Ravi sebelum ini menjadi peguam untuk Datchinamurthy berkata perbicaraan yang dijadual pada 20 Mei adalah berkait mengenai aduan terhadap peguam negara mengenai hak komunikasi antara banduan dengan peguamnya.

“Isunya adalah apakah mereka boleh menggantungnya pada Jumaat 29 April ketika ada perbicaraan dijadualkan pada 20 Mei,” tulisnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad