web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vape, Peralatan Lebih S$300,000 Dirampas, 5 Rakyat Malaysia Disiasat

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 9:15PM

Vape yang ditemui dalam 3 lori berdaftar di Malaysia pada 5 dan 7 April lalu. - Gambar HSA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Pihak berkuasa menyita alat pengewap elektronik atau 'vape' dan peralatannya bernilai lebih S$300,000 yang hendak diseludup ke negara ini menerusi Pusat Pemeriksaan Tuas.

1,200 'vape' dan lebih 49,000 peralatan itu ditemui dalam tiga lori berdaftar di Malaysia pada 5 dan 7 April lalu.

Lima lelaki Malaysia berumur antara 21 dengan 51 tahun sedang membantu dalam siasatan, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan bersama pada Khamis.

Barangan yang dirampas itu mempunyai nilai pasaran lebih S$300,000, tambah HSA dan ICA.

Pada 5 April, pegawai ICA menemui 1,200 alat pengewap pakai buang yang disembunyikan dalam sebuah lori berdaftar Malaysia yang mengangkut bahan resin masuk ke Singapura.

"Pegawai ICA melakukan pemeriksaan lanjut ke atas lori berkenaan dan menemui alat pengewap pakai buang disembunyikan di belakang kerusi pemandu dan penumpang serta di bawah tempat duduk penumpang," menurut pihak berkuasa.

"Dalam percubaan pertama, para pegawai jumpa beg hitam di belakang tempat duduk pemandu dan penumpang dan menemui sejumlah 36,270 pod pengisi semula pengewap elektronik," menurut pihak berkuasa.

Pegawai ICA juga menemui beberapa beg plastik sampah hitam mengandungi 13,125 pod pengisi semula pengewap elektronik disembunyikan di belakang kerusi pemandu dan penumpang.

HSA mengingatkan orang ramai bahawa mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk menjual produk tembakau tiruan dilarang di bawah Akta Tembakau.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Pesalah berulang boleh didenda tidak melebihi S$20,000, dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali. - Berita.mediacorp

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar