web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Doktor Digantung Tugas, Didakwa Suntik Air Garam Bukan Vaksin COVID-19

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 2:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang doktor yang dikaitkan dengan kumpulan 'Healing the Divide' digantung kerja selepas dia dituduh memberikan suntikan saline atau air garam dan bukan vaksin COVID-19 kepada pesakit. Dia juga memuat naik data vaksinasi palsu di Pendaftaran Imunisasi Negara Kementerian Kesihatan (MOH).

Pendaftaran Dr Jipson Quah sebagai pengamal perubatan juga digantung Majlis Perubatan Singapura (SMC) mulai 23 Mac selama 18 bulan atau sehingga prosiding disiplin selesai, menurut SMC pada Isnin (28 Mac).

Quah, 33 tahun didakwa di mahkamah kerana bersubahat untuk memperdayakan MOH dengan menyerahkan data vaksinasi yang palsu.

SMC menyatakan pihaknya menerima aduan daripada MOH pada 23 Januari yang sudah dirujuk kepada sebuah jawatankuasa sementara. Jawatankuasa itu memutuskan rahan menggantung Quah "perlu demi melindung orang ramai dan atas kepentingan awam".

Quah juga dituduh terlibat dalam membuat akaun palsu bagi pesakit dan memuat naik hasil ujian pantas antigen COVID-19 palsu ke portal MOH untuk pesakit yang tidak divaksin.

Siasatan masih dijalankan tambah SMC dan jawatankuasa aduan bebas dibentuk untuk membantu dalam siasatan.

Pembantu Quah, Thomas Chua Cheng Soon, juga didakwa bersubahat untuk menipu MOH.

Pengasas 'Healing the Divide', Iris Koh menghadapi dua tuduhan. Satu tuduhan kerana bersubahat dengan Quah dan satu lagi kerana enggan bekerjasama dan halang tugas polis. - https://berita.mediacorp.sg/

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar