web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


VTL Darat: Singapura-Malaysia Bincang Untuk Kenderaan Persendirian

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 8:23AM

Singapura telah memulakan VTL melalui udara dan darat dengan Malaysia mulai 29 November tahun lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura sedang berbincang dengan Malaysia mengenai memperluaskan pengaturan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) darat untuk kenderaan dan koc persendirian, kata pengerusi bersama Pasukan Petugas COVID-19 Pelbagai Kementerian (MTF) republik itu Gan Kim Yong.

Buat masa ini tiada kenderaan persendirian dibenarkan melalui darat antara kedua-dua negara kecuali bas awam.

“... apabila kami bersedia kami akan membuat pengumuman yang perlu dan sesuai,” kata Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri, pada sidang media maya di sini semalam.

MTF ditanya bilakah kenderaan persendirian dibenarkan masuk ke kedua-dua negara.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata Singapura akan memperdalam dan memperluaskan VTL dengan negara jiran ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Kami sedang dalam perbincangan lanjut untuk memperluas VTL ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Kami menanti untuk melancarkannya tidak lama lagi,” katanya pada sidang media yang sama.

Singapura telah memulakan VTL melalui udara dan darat dengan Malaysia mulai 29 November tahun lepas.

Selain itu, Singapura juga akan memperkemaskan langkah-langkah sempadannya untuk VTL yang akan menyaksikan, antara lain, Pemegang Pas Jangka Panjang tidak lagi perlu memohon Pas Perjalanan Bervaksin (VTP) atau Kebenaran Kemasukan untuk ke Singapura, mulai 22 Februari 2022.

Perkara lain termasuk keperluan sejarah perjalanan akan dikurangkan daripada 14 kepada 7 hari; protokol ujian 7-Hari yang dipertingkatkan akan dihentikan; dan pengembara VTL tidak perlu lagi melakukan ujian Tindak Balas Rantaian Polimerase (PCR) semasa ketibaan.

Sementara itu, tempoh Notis Duduk Rumah (SHN) akan diseragamkan kepada tujuh hari untuk semua kategori negara/rantau berisiko memandangkan tempoh inkubasi Omicron yang lebih pendek.

Bagi memudahkan perjalanan bervaksin, republik itu akan membenarkan semula dan meningkatkan kuota VTL secara berperingkat.

Kuota VTL udara akan dibenarkan sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta manakala kuota darat mulai 22 Februari 2022.

Penjualan tiket bas dan penerbangan untuk VTL darat dan udara yang digantung sementara pada 23 Disember lalu akan dibuka semula pada 21 Januari.

Bagaimanapun, kuota untuk tiket bas dan penerbangan dikurangkan sebanyak 50 peratus berbanding kapasiti sedia ada bagi laluan darat dan udara. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad