web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengembara Malaysia, Singapura, Layak Guna VTL-Darat Mulai 20 Disember

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 5:51PM

Pengembara warganegara Malaysia dan Singapura boleh memasuki kedua-dua negara menggunakan VTL-Darat, mulai 20 Disember ini. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua kategori pengembara warganegara Malaysia dan Singapura boleh memasuki kedua-dua negara menggunakan kemudahan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Laluan Darat (VTL-Darat) berkuat kuasa pada 20 Disember 2021, berikutan peningkatan permintaan orang ramai.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan pemastautin Tetap Malaysia boleh terus memasuki Malaysia menggunakan VTL-Darat tersebut.

Sebelum ini, hanya warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang negara terbabit dibenarkan melakukan perjalanan menggunakan VTL-Darat tersebut.

Bagaimanapun, MITI menegaskan bahawa pengembara terbabit wajib mendapat vaksinasi sepenuhnya manakala bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang tidak divaksinasi, perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi.

“Pengembara yang layak juga tertakluk kepada ujian saringan COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing.

“Pada masa ini, VTL-Darat masih terhad kepada perkhidmatan bas sahaja dan operator terbabit akan menawarkan tiket untuk memenuhi peningkatan permintaan dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa,” katanya.

Sebelum sebarang pembelian tiket, pengembara yang mahu memasuki Malaysia menerusi VTL-Darat itu dikehendaki mendaftar di https://mysafetravel.gov.my manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura perlu mendaftar di https://go.gov.sg/vtl-portal.

Butiran lanjut mengenai keperluan VTL-Darat boleh didapati di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MIT) berkata tiada sebarang perubahan terhadap protokol ujian semasa di Singapura dan Malaysia.

Menurut kementerian itu, semua pengembara yang memasuki republik itu perlu mematuhi protokol ujian berkenaan serta langkah pengurusan keselamatan, termasuk rejim Ujian Pantas Antigen COVID-19 selama tujuh hari sejurus selepas ketibaan.

Dalam pada itu, menurut MITI, pelancaran VTL-Darat antara Malaysia dan Singapura pada 29 Nov, 2021, bertujuan melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen.

Inisiatif berkenaan membantu mereka yang terpisah daripada orang tersayang akibat pandemik untuk kembali bersama keluarga masing-masing.

Menurut MITI, kemudahan terbabit  juga membolehkan pembukaan semula sempadan darat secara berperingkat, selamat, sistematik dan mampan dengan memperincikan langkah-langkah kesihatan yang perlu diambil dan dilaksanakan kepada pengembara Malaysia serta Singapura. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad