web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mimpi Ngeri Bagi Spencer, Digigit Memerang 26 Kali

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 11:46AM

George Spencer digigit oleh memerang ketika beriadah di Kebun Bunga, Singapura. - Gambar berita.mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang lelaki warga negara Britain yang menjalankan aktiviti riadah di Kebun Bunga, telah digigit sekumpulan memerang pada Selasa lalu.

George Spencer, digigit oleh sekeluarga memerang dekat pintu masuk Taman Serasi selepas seorang pelari lain berlari di laluan haiwan berkenaan.

Bercakap kepada Mediacorp, Spencer, yang mengendalikan sebuah agensi pembantu rumah, berkata dia ternampak kelibat sekumpulan kira-kira 20 memerang ketika melakukan rutin berjalannya bersama seorang rakan.

Dia sedang berjalan di laluan menuju ke pusat pengunjung apabila ternampak haiwan itu di laluan sebelah kanan, jarak sekitar 4.5 meter darinya.

Itu adalah kali pertama dia ternampak memerang di Kebun Bunga Singapura sepanjang tempoh lima bulan melakukan rutin berjalannya pada setiap pagi.

Ketika menunggu memerang itu melintasinya, seorang pelari lain telah berlari di laluan haiwan tersebut. Keadaan ini menyebabkan memerang terbabit "bagaikan anjing gila".

Haiwan berkenaan tersalah anggap Spencer sebagai pelari tersebut lalu menyerang, melompat ke atasnya dan turut menggigit kasut serta sekitar punggungnya selama kira-kira 10 hingga 12 saat.

Rakan Spencer yang berada sekitar "15 tapak" di belakangnya, berlari ke arah Spencer sambil menjerit untuk menakutkan kumpulan memerang itu.

Dalam keadaan haiwan tersebut kelihatan teragak-agak, Spencer bangun dan melarikan diri.

“Saya digigt 26 kali dalam masa 10 saat. Jika bukan kerana kawan saya, saya tidak rasa saya masih ada di sini. Saya mungkin sudah mati," ujar Spencer.

Seorang pengawal di pusat pengunjung, yang baru sahaja selesai waktu rehat, kemudian menawarkan Spencer pembalut untuk menghentikan pendarahan.

Spencer bagaimanapun menolak tawaran seorang kakitangan di sana untuk menaiki ambulans, sebaliknya, dia berjalan kaki dengan rakannya itu ke jabatan kecemasan di Hospital Gleneagles.

Dia diberikan suntikan tetanus (untuk penyakit kejang urat atau otot) dan ubat antibiotik pada hari yang sama. Kos rawatannya menelan belanja sehingga S$1,200. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad