web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Max Boimax, Daripada Samseng Kepada Aktivis Masyarakat 

Pernah digelar samseng, kini Lim Seng Tiong yang lebih dikenali sebagai Max Boimax di Singapura kini cuba membina hidup yang baharu.

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 9:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dahulu, jejaka berbangsa Cina bernama Lim Seng Tiong yang badannya penuh dengan tatu adalah anggota kumpulan 369, sebuah kumpulan ‘secret society’ dan samseng yang sering kali mencetuskan kekecohan kerana mereka kaki-gaduh di Singapura.

Sejak bersama kumpulan samseng itu, beliau telah masuk penjara selama lima kali. Kali terakhir masuk penjara ialah pada tahun 2010 disebabkan oleh kes dadah.

Kini dalam usia 40 tahun dan dikenali menerusi nama glamor Max Boimax, lelaki ini tekad untuk berubah 180 darjah dan gigih membantu peniaga-peniaga Melayu di Singapura melariskan penjualan makanan mereka menerusi live streaming dan ulasan makanan.

Sejak kebelakangan ini pula, Max juga kerap mengumpul dana untuk Masjid Alkaff Kampung Melayu setiap Jumaat menerusi live streaming dari pekarangan masjid.

Baru-baru ini, live streaming yang dilakukannya berjaya mengumpulkan $7000 (RM21,600) hanya dalam masa dua jam sahaja untuk masjid tersebut.

Namun ia tidak melibatkan sebarang makanan langsung untuk sesi itu. Ia adalah jumlah terbesar yang berjaya dikumpulkan olehnya.

Siapakah Max Boimax yang hebat ini?

“Dulu saya bekas banduan terkenal sebagai Boy Cina sejak sekolah menengah yang dijaga oleh datuk nenek saya. Sekarang saya buat live streaming untuk kedai-kedai makan Melayu yang susah nak jual makanan mereka. Saya minta orang untuk sokong bisnis mereka.”

Max yang fasih berbahasa Melayu kerana dibesarkan di perkampungan Melayu di Old Lim Chu Kang Road berkongsi bahawa pada 6 bulan pertama beliau lakukannya, beliau terpaksa menggunakan wang sendiri untuk mempromosikan kedai makanan yang dipilih.

Secara jujur, Max akui, “Bila saya mulakan perkara ini saya tidak dikenali dan saya buat secara ikhlas dan percuma. Selepas ia menjadi viral, saya akan ambil sebahagian darinya dan menjadi gaji saya untuk buat the live streaming dan ulasan makanan.”

Namun, beliau akan melihat dahulu keadaan ekonomi seseorang yang ingin dibantunya.

“Kes demi kes. Kalau saya tengok makcik yang struggling menjual makanan di gerainya, saya buat secara percuma sahaja.”

Mengapakah beliau terpanggil membuat semua ini tanya penulis kepadanya baru-baru ini.

“Saya hanya nak tolong. Itu passion saya sekarang.

“Kesemuanya berlaku ada sebab. Bila saya 13 tahun, saya jual pisang goreng sebab tidak ada duit nak ke sekolah. Ada seorang abang polis ada gerai menjual kuih. Dia bayar saya $15 setiap hari untuk jual pisang goreng dan keledek di kedainya.”

Max lebih terpanggil menolong Masjid Alkaff Kampung Melayu setelah mengetahui masjid itu sedang melakukan kerja-kerja menaik taraf dan perlukan derma.

“Itu yang buat saya lebih kuat nak bantu mereka. Itu adalah isyarat dari Tuhan untuk bantu kumpul derma untuk mereka. Saya rasa lebih bersemangat.”

Lumrah untuk masyarakat pandang serong kepada seseorang yang badannya masih penuh dengan tatu namun ia tidak pernah mematahkan semangat Max untuk meneruskan misi yang murni itu.

Namun sebagai manusia biasa, kekadang Max terkesan juga bila mesej-mesej berunsur negatif disampaikan kepadanya. 

Katanya, “Ada komen tentang saya tapi bukan terus pada saya. Saya akan tendang lif atau saya duduk di satu sudut bila rasa kecewa atau sedih . Saya juga bagi tahu tunang saya untuk biarkan saya bersendirian selama 10 minit.”

Kehidupan jejaka yang senang untuk didekati itu kini lebih bermakna lagi dengan kehadiran seorang wanita Melayu yang bakal menjadi pendamping hidupnya nanti. 

Max Boimax bersama tunangnya
Max Boimax bersama tunangnya

Terang Max pada kami, “Dah kenal dia selama setahun. Saya rancang nak kahwini dia dan masuk Islam. Dalam penjara pun saya dah belajar tentang agama Islam.

“Dalam satu sel ada lapan orang jadi saya belajar daripada penghuni sel bagaimana mereka solat dan berpuasa. 3 tahun saya di dalam penjara, sebelum ini saya free thinker.”

Apakah yang membuatnya tertarik pada agama Islam? 

Ini penjelasannya tanpa berfikir panjang, “Mudah saja, apabila kita masuk Islam, agama itu tidak mengira sama ada badan awak ada tatu atau tidak. Awak dianggap sebagai bayi yang baru lahir. Saya mahu jadi seperti itu.

“Saya sangat gembira dapat bantu orang-orang Melayu. Saya akan bantu sampai hari terakhir saya hidup. Saya hanya ingin Tuhan menjaga keluarga saya.” - Getaran, 27 November 2021

Gambar: Ihsan Max Boimax

Isu Pada

Transformasi Ara Johari

27 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar