web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


VTL Darat Singapura - Malaysia: Tiket Masih Ada Bagi Tempoh 30 Hari

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 11:19AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Tiket bas bagi 30 hari pertama perjalanan melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL-Land) antara Singapura dan Malaysia, masih ada, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) negara berkenaan.

Orang ramai sebelum ini dilaporkan terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan tiket apabila tempahan dibuka pada 8.00 pagi semalam.

Ia juga susulan mesej dalam laman Transtar Travel, iaitu salah satu daripada dua pengendali bas yang dikhususkan untuk menawarkan khidmat perjalanan VTL darat yang memaklumkan bahawa semua tiket bagi 30 hari akan datang sudah habis dijual pada kira-kira 8.20 pagi, iaitu kurang setengah jam selepas tempahan dibuka, lapor Mediacorp.

Menurut MTI, lebih 90 peratus tiket Transtar Travel ke Singapura dan 70 peratus tiket ke Malaysia masih ada setakat 4.00 petang semalam.

''Transtar sudah menjual sekitar 4,400 tiket bas VTL darat bagi tempoh 30 hari akan datang.

''Kira-kira tiga suku daripada tiket itu adalah untuk perjalanan dari Singapura ke Malaysia dan baki satu suku adalah bagi perjalanan dari Malaysia ke Singapura,'' tambah kementerian itu.

Manakala Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menerima 240 permohonan bagi Pas Penumpang Sudah Divaksin (VTP) untuk VTL darat setakat 3.00 petang, kata MTI.

"Permintaan bagi tiket bas VTL darat dan jumlah permohonan VTP mungkin terus kekal tinggi, dan proses akan terus diperhalusi. Kami mengharapkan pemahaman dan kesabaran pelawat, jika terdapat sebarang kelewatan dalam sistem,'' kata MITI.

MTI menambah Singapura dan Malaysia juga akan memperluaskan VTL darat secara bertahap-tahap dengan cara yang selamat dan teratur.

"Semua pelawat harus membeli tiket bas mereka dan memastikan mereka mempunyai dokumen yang diperlukan, sebelum mereka menaiki bas VTL yang ditetapkan," tambahnya.

VTL darat antara Malaysia dengan Singapura melalui Tambak Johor akan bermula pada 29 November.

Sebagai sebahagian daripada fasa pertama VTL darat, pelawat perlu menggunakan perkhidmatan bas VTL yang ditetapkan. Pelawat mesti lengkap vaksin dan merupakan rakyat, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki.

Terdapat 32 khidmat bas khas bagi VTL darat memasuki setiap negara setiap hari, dengan had kapasiti 45 penumpang setiap perjalanan.

Kuota harian bagi skim VTL darat adalah sekitar 2,880 pelawat kesemuanya, dengan 1,440 penumpang setiap hala. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad