web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singa Ke-5 Di Singapura Positif COVID

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 2:24PM

Singa Afrika di Taman Haiwan Singapura disahkan positif COVID. - Gambar Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seekor singa Afrika di Taman Haiwan Singapura diuji positif COVID-19 setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti coronavirus, menurut pihak berkuasa, semalam.

Sebelum ini, pada Selasa, empat ekor singa Asia di Night Safari dijangkiti coronavirus.

"Sampel najis yang diambil dari singa Afrika di Taman Haiwan Singapura menunjukkan tanda-tanda jangkitan pada 8 November dan diuji positif virus SARS-CoV-2 melalui ujian PCR," menurut Lembaga Taman Negara (NParks) dan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS).

Sembilan singa Asia di Night Safari dan lima singa Afrika di Taman Haiwan Singapura sudah diasingkan, termasuk lima ekor yang sudah terjangkit COVID-19.

"Kesemua singa diasingkan dalam kandang masing-masing," menurut NParks dan AVS.

"Kami akan terus bekerjasama dengan Mandai Wildlife Group untuk memantau kesihatan kesemua singa itu dengan teliti dan ia termasuk menguji sampel najis bagi virus SARS-CoV-2."

Menurut Pertubuhan Sedunia bagi Kesihatan Haiwan (OIE), tiada bukti yang menunjukkan buat masa ini bahawa haiwan memainkan peranan merebakkan penularan COVID-19 kepada manusia, menurut pihak berkuasa.

Sungguhpun demikian, OIE menarik perhatian bahawa "sekali-sekala" terdapat laporan di mana haiwan-haiwan diuji positif jangkitan virus itu di negara-negara lain kerana berada dekat dengan individu yang dijangkiti COVID-19.

Empat ekor singa Asia di Night Safari diuji positif setelah terdedah kepada kakitangan Mandai Wildlife Group yang terjangkit.

Haiwan-haiwan itu mula mengalami simptom ringan seperti batuk, bersin dan kelesuan pada Sabtu, justeru mendorong pihak berkuasa untuk menjalankan ujian COVID-19. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad