web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hukuman Mati Ke Atas Nagaenthran Dharmalingam Ditunda Selepas Positif COVID-19

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 5:47PM

Mahkamah Singapura - Gambar fail Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Hukuman mati ke atas seorang pengedar dadah warga Malaysia ditangguhkan pada Selasa oleh Mahkamah Rayuan selepas dia diuji positif COVID-19.

Nagaenthran Dharmalingam, yang sudah meringkuk dalam penjara selama 11 tahun sebelum hukuman mati, dibawa ke kandang tertuduh bagi percubaan terakhir untuk menggugurkan hukuman mati terhadapnya.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian dibawa pergi dan seorang hakim memberitahu mahkamah bahawa Nagaenthran diuji positif COVID-19.

Hakim Andrew Phang, yang tampil bersama dua hakim lain, Judith Prakash dan Kannan Ramesh, berkata "ini agak tidak dijangkakan".

Beliau berkata mahkamah berpandangan ia tidak wajar untuk diteruskan "setelah mengambil kira keadaan tersebut".

"Hukuman mati dijadualkan esok," kata Hakim Phang. "... Jika banduan dijangkiti COVID-19... kami berpendapat pelaksanaan hukuman itu tidak boleh dilakukan."

Pihak pendakwa menyatakan ia baru sahaja diberitahu tentang perkembangan itu dan perlu menerima arahan selanjutnya.

"Saya rasa di sini, kami perlu menggunakan logik, akal dan perikemanusiaan," kata Hakim Phang.

Beliau menangguhkan perbicaraan ke satu tarikh yang belum ditetapkan dan mengeluarkan penangguhan terhadap hukuman mati sehingga prosiding dimuktamadkan. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad