web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Lelaki Malaysia Antara Korban Terkini Di Singapura

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 10:44AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang lelaki warga Malaysia adalah antara 16 lagi kematian baharu akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di Singapura pada 21 Oktober.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam data terkininya, lelaki itu adalah pemegang pas kerja.

Sementara itu dari 15 kes lain, 11 adalah lelaki warga tempatan dan Penduduk Tetap manakala empat lagi wanita rakyat Singapura.

Semua kes kematian itu membabitkan mereka yang berusia antara 61 dan 93 tahun.

Daripada jumlah kematian terkini itu, lapan tidak divaksinasi COVID-19, seorang telah menerima satu dos vaksin manakala tujuh lagi sudah lengkap.

Menurut kementerian itu, 15 kes kematian mempunyai sejarah penyakit manakala tiada rekod perubatan membabitkan kes yang sudah divaksin.

Dengan kes korban terbaru itu menjadikkan jumlah kematian di republik ini sebanyak 280 orang setakat ini.

Singapura juga melaporkan 3,439 jangkitan baharu COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 162,026 kes.

Daripada jumlah itu, 2,937 dikesan di komuniti, 500 di asrama pekerja migran dan dua kes import.

Pada 20 Okt, 84 peratus penduduk Singapura sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan 85 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada Rabu lepas, Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian memaklumkan Fasa Penstabilan akan dilanjutkan selama sebulan hingga 21 Nov kerana lebih banyak masa diperlukan bagi menstabilkan tekanan yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad