web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura: Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Bebas Rakyat Malaysia

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 7:32AM

Gambar fail Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Mahkamah Rayuan Singapura pada Khamis mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan seorang pemandu bas Malaysia yang dituduh mengedar heroin kepada seorang wanita di depan sebuah pasar raya pada 2014, lapor CNA. 

Laporan itu menyatakan pihak pendakwaan sebelum ini telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei 2021 untuk membebaskan Mangalagiri Dhruva Kumar daripada tuduhan mengedar sekurang-kurangnya 22.73 gram diamorphine atau heroin.

Bagaimanapun, panel tiga hakim dianggotai Hakim Besar Sundaresh Menon, Hakim Judith Prakash, dan Hakim Chao Hick Tin menolak rayuan itu. 

Bercakap melalui peguamnya, Mangalagiri dilaporkan berkata dia "sangat bersyukur kepada Tuhan dan sistem di Singapura".

Menurut laporan itu Mangalagiri dituduh menyerahkan beg mengandungi heroin kepada seorang wanita pada 16 Mei 2014, di luar Pasaraya Sheng Siong di Woodlands Center Road.

Wanita itu kemudian menyerahkan dadah itu kepada seorang lelaki sebelum kedua-duanya ditahan pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) pada hari yang sama.

Mereka telah dibicarakan, wanita itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana disabitkan mengedar sekurang-kurangnya 22.73 gram heroin manakala lelaki itu disabitkan bersalah pada 2016.

Dia dihukum gantung sampai mati selepas rayuannya ditolak pada 2018. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

3

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

4

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

5

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

6

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Politik 14 minit yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad