Berita Terkini

9 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 9 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 9 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 9 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 9 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Joseph Schooling Jalani Perkhidmatan Negara Selepas Tempoh Penangguhan Berakhir

Singapura Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 12:30PM

Joseph Schooling - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Perenang Singapura, Joseph Schooling yang memperolehi pingat emas pada Sukan Olimpik Rio 2016, akan menjalani Perkhidmatan Negara (NS) selepas selesai bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo, bulan lepas.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) Singapura, memaklumkan, Schooling dan seorang lagi rakan perenangnya, Quah Zheng Wen perlu memenuhi tanggungjawab NS memandangkan tempoh penangguhan mereka sehingga 31 Ogos 2021 sudahpun berakhir.

Kedua-dua atlit negara itu akan menjalani NS sebaik sahaja prosedur pendaftaran selesai dijalankan.

MINDEF menyatakan ia meluluskan penangguhan NS sepenuh masa "dengan memilih secara amat teliti" atlit luar biasa yang dinilai sebagai berpotensi memenangi pingat dalam pertandingan antarabangsa seperti Sukan Olimpik, demikian lapor Berita Mediacorp.

Bagi tujuan penangguhan itu, atlit perlu memberi sebab mengapa ia diperlukan untuk mereka berlatih sepenuh masa. Setiap kes akan dinilai secara individu oleh MINDEF dengan rundingan bersama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).

Bagaimanapun prestasi hambar perenang di Sukan Olimpik Tokyo membangkitkan tanda tanya tentang penangguhan NS mereka terutama bagi Schooling, yang berikrar akan meneruskan kerjayanya dalam sukan renang selepas menduduki tempat terakhir dalam acara gaya kupu-kupu 100 meter (m).

Schooling, 26 tahun, sepatutnya mula menjalani NS pada 2014 manakala Zheng Wen, 24 tahun, pula pada 2015.

Kedua-dua perenang itu diberikan penangguhan untuk bertanding dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Menjelaskan tentang dasar penangguhan pada 2013, Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen berkata ibu bapa Schooling merayu untuk mendapatkan penangguhan bagi anak lelaki mereka dengan rancangan terperinci yang menggariskan jadual latihan serta sasaran atlit itu bagi Sukan Olimpik 2016.

“MCCY menyokong rayuan bagi penangguhan itu kerana ia menilainya berdasarkan pencapaian beliau yang lalu dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa. Schooling berpotensi mencatatkan prestasi cemerlang dalam Sukan Olimpik seterusnya," ujar menteri itu.

Pada temasya Sukan Olimpik Rio, Schooling merangkul pingat emas pertama Singapura setelah mengalahkan perenang hebat Michael Phelps dari Amerika Syarikat dalam acara gaya kupu-kupu 100m.

Sementara itu, Zheng Wen berjaya mara ke peringkat separuh akhir bagi kategori gaya kupu-kupu 100m dan 200m.

Penangguhan mereka kemudian dilanjutkan supaya mereka boleh berlatih dan bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang ditunda sehingga tahun ini dek pandemik COVID-19.

Schooling dan Zheng Wen gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bagi acara mereka.

Di luar Sukan Olimpik, Zheng Wen memenangi enam pingat emas dan dua perak di Sukan SEA 2019 di mana beliau dinamakan sebagai atlit lelaki paling berharga.

Schooling membawa pulang empat pingat emas dan dua perak dari pertandingan itu.

Sepanjang 15 tahun lalu, atlit sukan layar Maximillian Soh adalah satu-satunya atlit lain yang menerima penangguhan NS jangka panjang. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi Tolak Saman Fitnah Jason Lo Terhadap Bernama

Semasa 10 jam yang lalu

Atasi Kesesakan, PLUS Uji ‘SmartLane’ Di Laluan USJ-Seafield Mulai Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Kerajaan Perpaduan Serius, Tekad Selesaikan Masalah Prasarana Dengan Segera - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Skim Bekalan Air Rasau Mampu Salurkan Tambahan 1,400 Juta JLH Sehari - Amirudin

oleh Sophia Ahmad