web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura: Tak Pakai Pelitup Muka, Wanita Dipenjara 16 Minggu

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 11:05AM

Phoon Chiu Yoke - Gambar Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang wanita berusia 54 tahun yang dirakam tidak memakai pelitup muka di Marina Bay Sands dan beberapa tempat awam lain dijatuhkan hukuman penjara 16 minggu.

Phoon Chiu Yoke mengaku salah atas sembilan dakwaan melanggar peraturan COVID-19.

Menurut Berita Mediacorp, Chiu Yoke pertama kali menjadi perhatian pada Mei lalu selepas satu video yang menunjukkan dia bertekak dengan duta jarak selamat di Marina Bay Sands kerana tidak memakai pelitup, menjadi tular.

Chiu Yoke pada awalnya berdepan dengan 22 dakwaan, termasuk satu kerana tidak memakai pelitup di luar Mahkamah Negara pada Mei, di mana dia dirakam melakukan demikian oleh media.

Timbalan Pendakwa Raya Heershan Kaur berkata tertuduh telah meninggalkan bilik hotelnya tanpa memakai pelitup di Marina Bay Sands berkali-kali ketika masih menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) setelah pulang dari Britain pada Jun tahun lalu.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Chiu Yoke, hadir di mahkamah melalui persidangan video ketika ditahan reman - telah mengunjungi kedai makan dan menghadiri perhimpunan gereja di Saint Andrew’s Cathedral dengan tidak memakai pelitup. Ini antara sebahagian daripada kejadian di mana dia melanggar peraturan COVID-19.

Lagi 13 dakwaan diambil pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman.

Pihak pendakwa menuntut tempoh penjara antara 17 hingga 22 minggu, sementara peguam bela Phoon, Amos Cai memohon hukuman denda untuk anak guamnya.

Chiu Yoke ditahan sejak 24 Jul, sebulan setelah dia ditemui tidak memakai pelitup di Mandarin Orchard pada 25 Jun, sementara dia diikat jamin atas beberapa tuduhan serupa.

Dia didakwa sebulan kemudian dan direman apabila jaminan S$12,000 ditarik balik.

Chiu Yoke pertama kali didakwa pada Disember tahun lalu setelah dikatakan gagal memakai pelitup menutupi hidung dan mulutnya di pusat penjaja Newton pada 8 Mei 2020, dalam tempoh "pemutus rantaian jangkitan" Singapura.

Semasa perbicaraan sebelum ini, Chiu Yoke menggesa pihak pendakwa menggugurkan tuduhan terhadapnya atas kesalahan prosedur, dengan mendakwa dia adalah "bekas pegawai tentera laut yang profesional."

Dia direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi penilaian psikiatri. Namun perincian laporannya tidak diberikan di mahkamah terbuka.

Chiu Yoke akan mula menjalani hukumannya dengan mengambil kira tempoh semasa ditahan reman.

Atas setiap tuduhan melanggar perintah kawalan COVID-19, Chiu Yoke boleh dipenjara hingga enam bulan, didenda hingga S$10,000, atau kedua-duanya. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar