web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura: Pelanggan Tak Bersih Meja Makan Akan Didenda

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 11:35AM

Pelanggan yang tidak membersihkan meja di pusat makanan dan kedai kopi akan didenda mulai 1 Januari ini. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Pelanggan yang menikmati hidangan di pusat makanan dan kedai kopi akan dikenakan denda sekiranya mereka tidak membersihkan meja, berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), peraturan berkenaan adalah sama dengan langkah penguatkuasaan yang diambil bagi perbuatan membuang sampah atas meja di pusat penjaja.

Berdasarkan penguatkuasaan bagi pembuangan sampah di pusat penjaja, yang diumumkan pada Mei lalu dan akan berkuatkuasa hari ini, pesalah kali pertama akan menerima amaran bertulis dan pesalah kali kedua pula akan dikenakan denda komposisi S$300.

Pesalah berulang mungkin menghadapi denda mahkamah.

“Sewaktu tempoh makluman, duta dan pegawai jarak selamat dari Agensi Makanan Singapura (SFA) dikerahkan ke kedai kopi dan pusat makanan untuk terus mengingatkan para pengendali agar memastikan pelanggan mereka memulangkan dulang kotor dan pinggan mangkuk mereka serta membersihkan sampah mereka," menurut NEA dalam satu kenyataan media.

“Isyarat visual seperti poster dan kain rentang akan dipasang secara bertahap-tahap di premis-premis ini untuk mengingatkan pelanggan supaya membersihkan meja mereka.

“Walaupun tiada penguatkuasaan akan diambil semasa tempoh makluman mulai November hingga Disember, pelanggan diingatkan supaya mematuhi arahan sekiranya dinasihatkan,'' demikian lapor Berita Mediacorp.

Susulan itu, NEA menyatakan pusat makanan dan kedai kopi kini sedang dalam proses untuk memasang kemudahan bagi pemulangan dulang serta pinggan mangkuk.

Para pengendali boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan bersama sebanyak 50 peratus bagi pemasangan kemudahan itu, dihadkan kepada S$2,500 untuk setiap premis, melalui Skim Sokong Meja Bersih.

Mengenai penguatkuasaan bagi pembuangan sampah di pusat penjaja pula, ia akan bermula pada hari ini, menyusuli tempoh makluman selama tiga bulan, iaitu pada Mei lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, pegawai NEA, pengendali pusat penjaja dan relawan dikerahkan untuk mengingatkan pelanggan supaya memulangkan dulang serta pinggan mangkuk mereka selain membersihkan sampah di meja seperti kertas tisu, plastik bungkusan, bekas air atau sisa makanan.  - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 minit yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad