web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yonnyboii Kongsi Perjalanan Kewangan Bersama Pelajar UITM Dalam Program LIAM

Yonnyboii berkongsi pengalamannya semasa membesar, perjuangan berkaitan pengurusan wang dan pembiayaan dan memberikan tip serta petua berharga kepada pelajar tentang cara meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan mereka.

Seni & Hiburan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 4:00PM

Yonnyboii (tiga dari kanan) berkongsi pengalaman mengenai perjalanan kewangan dan pengalaman hidupnya kepada pelajar UITM Puncak Perdana.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Penyanyi rap terkenal, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin atau lebih dikenali sebagai Yonnyboii membuat penampilkan khas di Universiti Teknologi Mara (UITM) Puncak Perdana, di sini, menerusi program Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) #NoFOMO Social Wellness Challenge, bagi berkongsi bersama pelajar mengenai perjalanan kewangan dan pengalaman hidupnya.

Beliau bercakap pada sesi dialog awam yang diadakan semalam, yang merupakan sebahagian daripada siri #NoFOMO Wellness Challenge, iaitu pertandingan video pendek berasaskan tiga elemen kesejahteraan, iaitu kesejahteraan fizikal, emosi dan kewangan yang dilancarkan oleh LIAM dan 16 syarikat ahlinya.

Muhammad Haqeem Nuriman atau Yonnyboii berkongsi pengalamannya semasa membesar, perjuangan berkaitan pengurusan wang dan pembiayaan, dan memberikan tip serta petua berharga kepada pelajar tentang cara meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan mereka.

Yonnyboii berharap pengalamannya membesar akan membantu belia dalam berusaha ke arah mencapai kesejahteraan kewangan yang lebih baik. - Gambar fail
Yonnyboii berharap pengalamannya membesar akan membantu belia dalam berusaha ke arah mencapai kesejahteraan kewangan yang lebih baik. - Gambar fail

"Saya harap pengalaman saya membesar ini akan membantu belia dalam berusaha ke arah mencapai kesejahteraan kewangan yang lebih baik. Kalau korang rasa sengkek, jangan bimbang!," katanya.

Beliau turut mempersembahkan single terbaharunya ‘Sengkek’, yang ditulis semasa melalui waktu sukar dalam hidupnya yang memberi penekanan dalam perjuangan mengejar impian ketika menghadapi masalah kewangan.

Sementara itu, Jurulatih Kanan Sunlife Malaysia Muhamad Yusof Sulaiman yang juga penceramah LIAM menekankan kepentingan menyimpan wang sejak usia muda dan kepentingan mempunyai insurans sebagai bahagian penting dalam perancangan kewangan.

“Semua orang termasuk pelajar sendiri perlu tahu apa itu ‘kesejahteraan kewangan’, perlu tahu selok-belok kewangan. Dan nasihat saya, semua perkara perlu kawal, lebih-lebih lagi sumber kewangan, duit masuk, keluar dan belanja perlu dihadkan,” katanya.

Program The #NoFOMO Wellness Challenge bertujuan untuk menggalakkan individu belia mempamerkan bakat dan kreativiti mereka menerusi kandungan video sambil menekankan elemen utama kesejahteraan: fizikal, emosi dan kewangan.

Tarikh tutup peraduan telah dilanjutkan kepada 31 Mei, bagi membolehkan lebih ramai pelajar menghantar penyertaan.

Kemuncak cabaran #NoFOMO ialah Festival Belia yang akan berlangsung pada 22 Jun. Pemenang berpeluang membawa pulang hadiah utama wang tunai RM10,000 dan iPhone 14 Pro, serta 10 perserta terbaik akan menerima hadiah berjumlah RM2,000 setiap seorang yang akan diumumkan semasa Pesta Belia.

Cabaran #NoFOMO menawarkan hadiah dan wang tunai bernilai lebih RM42,000, termasuk 120 pemenang mingguan RM50 kredit E-Dompet, setiap seorang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN