web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Fathia Latiff Dah Berubah, Sudah Boleh Kerja" - Haji Zeel Mengesahkan Pelakon Itu Bukan Seperti Yang Dulu

Dia dah banyak berubah, dia sentiasa awal ke set penggambaran dan dia bukan Fathia yang penuh kontroversi seperti dahulu!

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 8:05PM

Fathia Latiff atau nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff berkata, drama ‘Jesnita’ ini merupakan naskah pertamanya selepas beberapa tahun tidak berlakon - Gambar Instagram Fathia Latiff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Dia bukan Fathia Latiff yang dahulu, sekarang dia dah banyak berubah dan dia sentiasa komited dengan kerjanya,”  itulah jawapan yang diberikan penerbit, Fadzil Teh, atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel, ketika mengulas mengenai penglibatan pelakon tersebut di dalam drama bersiri, Jesnita terbitan syarikat produksinya. 

Haji Zeel yang juga Pengarah Urusan Zeel Productions Sdn Bhd mengakui pelakon tersebut banyak berubah setelah kembali aktif berlakon semula. 

“Sekarang Fathia Latiff, bukan seperti yang dahulu, disiplin dia dah pun bagus, dia sentiasa memberi komitmen yang bagus.

“Dia dah banyak berubah, dia sentiasa tiba awal ke set penggambaran dan dia bukan Fathia yang penuh kontroversi sepertimana  dahulu,” kata Haji Zeel pada sidang media drama ‘Jesnita’, baru-baru ini.

Menurut Haji Zeel lagi, walaupun pada mulanya, watak yang lebih besar ditawarkan kepada Fathia, namun pelakon cantik itu telah memilih watak lebih kecil .

“Sebenarnya, ketika Fathia hubungi saya dan kata dia sudah bersedia untuk kembali berlakon, kita wujudkan watak baharu dalam skrip drama ‘Jesnita’ ini kerana dia tidak mahu terima watak yang besar. 

“Menurut Fathia selepas, hampir beberapa tahun tidak berlakon, dia nak start fresh. Dia ingin berlakon dari watak kecil semula.

 “Jadi kita di pihak penerbit setuju dengan dia dan kita wujudkan watak baharu untuk Fathia. Dia dah banyak berubah sekarang, dan saya harap dia kekal begitulah,” ujarnya.

Fathia sangat bersyukur apabila Haji Zeel memberi peluang untuknya membawa watak ‘Aurora’ dalam drama 'Jesnita' ini
Fathia sangat bersyukur apabila Haji Zeel memberi peluang untuknya membawa watak ‘Aurora’ dalam drama 'Jesnita' ini

Sementara itu, pelakon Fathia Latiff atau nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff berkata, drama ‘Jesnita’ ini merupakan naskah pertamanya selepas beberapa tahun tidak berlakon. Kali terakhir dia berlakon adalah menerusi drama, ‘Menanti Februari’ pada 2017. 

“’Saya bersyukur sangat apabila Haji Zeel memberi peluang untuk saya membawa watak ‘Aurora’ dalam drama 'Jesnita' ini.

“Sejujurnya, memang mencabar bagi diri saya untuk membawa watak ‘Aurora’. Mencabar kerana ‘first time’ jugak saya buat watak wanita yang sangat-sangat cantik tapi sangat gila dan bukan ‘psiko’.

“Jadi memang sukar, dan kadang-kadang saya terbawa-bawa  watak ‘Aurora’ ini kerana dia seorang yang sangat berdikari dan mempunyai elemen women empowering,” jelasnya.

Bagi saya, watak ini sudah cukup besar untuk saya bawakan dalam drama ini,” katanya.

Menurut Fathia, walaupun ditawarkan watak yang lebih, namun dia memilih membawakan watak Aurora kerana wataknya unik. 

“Bagi saya, watak ini sudah cukup besar untuk saya bawakan dalam drama ini dan menerusi watak ini, saya akan muncul dalam beberapa episod,” katanya. 

Dalam pada itu, Fathia turut mengakui dia amat merindui untuk kembali aktif berlakon dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi yang ingin menawarkan peluang.

“Sebenarnya saya tidak ingin menjual sendiri, tetapi saya bukan lagi Fathia yang sebelum ini, jadi pihak -pihak produksi di luar sana tidak perlu ragu-ragu untuk bekerjasama dengan saya.

“Benda itu dah berzaman, ini Fathia yang baharu, kita pun dah matang, Fathia rasa mereka  boleh tengok sendiri selepas drama ‘Jesnita’ ini ditayangkan,” tambahnya.

Selain Fathia, drama bersiri 40 episod ini turut dibarisi pelakon popular lain seperti Intan Najuwa, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim dan Malek Maccrone.  

Drama arahan Emy Suffian ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 7 November ini di Astro Prima. – Getaran, 28 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...