web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bunuh Isteri Dan Anak, Lelaki Dihukum Mati

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 4:48PM

Satvender Singh, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan, lima tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pemandu lori selepas didapati bersalah membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhi hukuman itu ke atas Satvender Singh, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Satvender didakwa membunuh D. Kamaljit, 34, dan bayinya Ishilyn Kaur Sandhu di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara 3.55 pagi dan 4.15 pagi pada 14 April 2016.

Hakim Mohd Yazid dalam keputusannya berkata alibi tertuduh bahawa dia keluar rumah untuk bersarapan pada 3.55 pagi di sebuah kedai makan selama sejam setengah sebelum sampai ke pejabat pada 5.44 pagi tidak mempunyai kesinambungan.

“Melalui dapatan mahkamah, tertuduh adalah orang terakhir di tempat kejadian dan keluar dari situ selepas 4.30 pagi, selepas membunuh isteri dan bayinya,” katanya.

Hakim juga menolak pembelaan tertuduh bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rompakan di rumahnya yang telah dipecah masuk.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rajpal Singh.

Pada 17 Julai 2020, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan membunuh selepas mendapati  pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki berkenaan.

Pendakwaan mengemukakan 16 saksi manakala tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

Bercakap kepada media selepas prosiding, adik mangsa yang hanya dikenali sebagai Riyaa, 36, berkata  keluarganya melalui perit getir menunggu keputusan mahkamah yang akhirnya membuktikan tertuduh bersalah. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad