web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbicaraan 1MDB: Hakim Arah Najib Hadir Lepas Menghadap Agong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 3:01PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hakim yang mendengar kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan tidak gembira, apabila bekas Perdana Menteri itu tidak hadir pada prosiding kes hari ini dan mengarahkan Najib hadir ke mahkamah pada pukul 2.30 petang.

Terdahulu, peguam Najib, Rahmat Hazlan memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya, bersama-sama dengan 114 Ahli Parlimen Barisan Nasional dijadualkan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyuarakan sokongan kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk jawatan perdana menteri.

"Kami tidak pasti pukul berapa anak guam saya dijadualkan menghadap Agong, tetapi beliau bertolak dari Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada pukul 10.30 pagi. Saya diberitahu bahawa beliau kini sedang dalam mesyuarat di sana dan akan dipanggil menghadap pada bila-bila masa kerana sesi temuduga itu berlangsung seorang demi seorang,” kata Rahmat.

Setelah mendengar penjelasan itu, hakim Sequerah yang kelihatan agak marah apabila mendapat tahu mengenai ketidakhadiran Najib menegaskan agar perbicaraan kes itu tetap diteruskan.

"Beliau (Najib) sepatutnya hadir ke sini terlebih dahulu. Mengikut laporan berita yang saya baca, pertemuan dengan Agong itu akan berlangsung secara berperingkat-peringkat.

"Prosiding sedang berjalan. Saya akan kembali dalam tempoh 10 minit dan saya ingin tahu secara tepat pukul berapa beliau akan menghadap Agong. Setelah selesai, beliau perlu kembali ke sini agar prosiding dapat diteruskan. Saya mungkin tidak akan berhenti (perbicaraan) pada pukul 4 petang hari ini, " kata hakim Sequerah.

Setelah berehat seketika, Rahmat sekali lagi memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengemas kini mengenai keberadaan Najib setelah memperoleh maklumat terkini daripada pegawai-pegawai bekas perdana menteri itu.

Sebagai respons kepada perkara itu, hakim Sequerah menegur bahawa Najib perlu memberikan komitmen hadir pada waktu tertentu kerana prosiding perlu diteruskan pada pukul 2.30 petang.

"Tolong beritahu saya kerana saya tetap akan meneruskan perbicaraan, tidak kira apa yang terjadi. Maka bersedia untuk perbicaraan yang panjang, kerana kita telah membazikan banyak (masa).

"Kita semua mempunyai tugas untuk dilaksanakan, jika Agong titah beliau untuk menghadap, dan beliau perlu berada di sana, namun daripada apa yang saya fahami, beliau tidak perlu berada di sana sepanjang hari. Saya memerlukan penjelasan pukul berapa beliau dapat hadir, tempoh beliau perlu berada di sana (di Istana) dan  ditemu memberikan pandangannya kepada Baginda dan kembali ke sini (untuk perbicaraan),” kata hakim.

Semalam, Najib telah memohon mahkamah agar perbicaraan sesi pagi kesnya itu ditangguhkan kerana perlu menghadiri mesyuarat penting di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada pukul 11 ​​pagi sehubungan pilihan calon untuk jawatan perdana menteri.

Hakim Sequerah membenarkan permohonan yang dibuat Najib pada saat-saat akhir itu berdasarkan alasan bahawa mesyuarat itu penting untuk mencapai penyelesaian mengenai isu semasa di dalam negara ketika ini dan mengarahkan prosiding kes bersambung pada pukul 2.30 petang.

Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung pada pukul 2.30 petang. - Bernama 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad