web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepala Air, Tanah Runtuh Di Gunung Jerai, 1 Maut, 1 Hilang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 10:39PM

Sebuah kenderaan tersadai selepas dihanyutkan oleh fenomena kepala air dari Gunung Jerai hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui, dipercayai menjadi korban bencana akibat hujan lebat lebih lima jam di negeri ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenalpasti.

Kerosakan yang ditinggalkan selepas fenomena kepala air reda.
Kerosakan yang ditinggalkan selepas fenomena kepala air reda.

Menurut beliau, seorang lagi mangsa dilaporkan masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di gunung berkenaan.

“Dua lagi berjaya diselamatkan manakala dalam kejadian rumah runtuh di Chalet Salak Denai, seorang disahkan hilang.

“Kita juga menerima laporan ada mangsa terperangkap di atas bumbung rumah di Kampung Setoi, tetapi berjaya diselamatkan,” katanya di sini.

Muhammad Sanusi berkata, hujan lebat berkenaan menyebabkan kepala air turun ke kaki gunung, melibatkan Sungai Kunyit, Sungai Teroi dan Sungai Puteri Mandi.

Laporan pertama katanya, diterima sekitar jam 5.30 petang tadi.

“Menurut laporan, banjir dikesan berlaku di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai seperti Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kg Acheh dan Kampung Setoi.

“Anggaran mangsa terlibat masih dalam siasatan namun maklumat awal menyatakan, 60 individu perlu dipindahkan pada kadar segera,” katanya.

Getaran diberitahu, mangsa akan dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dan Sekolah Kebangsaan Teroi.

“Semua mangsa di pusat pemindahan akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu positif (14 individu), kuarantin (45) dan biasa seramai 60 orang.

“Bilik gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) juga telah diaktifkan di talian 04-702 8799,” katanya.

Tinjauan Getaran di lokasi mendapati, pihak berkuasa sedang bertungkus-lumus membantu penduduk termasuk memindahkan mereka ke kawasan selamat.

Dalam perkembangan berkaitan Muhammad Sanusi menjelaskan, tiada sebarang aktiviti pembalakan berlaku di Gunung Jerai yang membawa kepada bencana berkenaan.

“Hutan Simpan Gunung Jerai diwartakan sebagai Hutan Perlindungan, maka tiada aktiviti pembalakan di situ.

“Kejadian bukan disebabkan pembalakan sebaliknya disebabkan fenomena kepala air yang menyebabkan semua balak itu hanyut,” katanya.

Sementara itu seorang kontraktor pembersihan, Marshirul Umar, 39, memaklumkan, kejadian itu berlaku terlalu pantas hingga mengakibatkan beberapa pekerjanya terperangkap di Pusat Peranginan Titi Hayun.

“Para pekerja saya seramai lima orang sedang melakukan kerja pembersihan di situ. Tiba-tiba pada pukul 4 petang, mereka menghubungi saya untuk meminta bantuan kerana tidak boleh keluar dari kawasan  akibat arus deras.

“Mereka hanya dapat menyelamatkan diri dengan lari ke kawasan tinggi. Disebabkan itu, saya terpaksa datang menyelamatkan mereka dengan membawa lori dan pada ketika itu, dapat dilihat arus sememangnya terlalu deras,” katanya. - Getaran, 18 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad