web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasrat Timang Zuriat Sulung Punah, Keluarga Reda Ketentuan Ilahi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 6:40PM

Mohamad Ehsan dan Nur Atiqah mendirikan rumahtangga pada bulan November tahun lepas

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ASAJAYA - Sembilan bulan lalu, Nur Atiqah Nurul Supyie, 29, tersenyum indah di singgahsana hari bahagia, apabila bergelar Raja Sehari bersama lelaki paling dicintai.

Kehidupannya dirasakan lengkap sudah, apatah lagi selepas disahkan hamil cahaya mata sulung mereka berdua.

Semalam, langit yang memayungi dirinya runtuh, kebahagiaannya direntap ganas dengan cara paling tidak diduga, membuatkan semua keindahan dilalui sirna sekelip mata.

Pahlawan hatinya, Koperal (U) Mohamad Ehsan Sehamat, 26 maut ditembak rakan setugas.

Tragedi itu meruntuhkan mahligai cinta mereka, membuatkan dia perlu mencari segenap kekuatan yang ada, demi memastikan zuriat kesayangan itu sempurna dilahirkan.

Tidak pernah terlintas di ingatan bahawa dia akan bergelar balu di usia perkahwinan yang masih hijau, malah hamil tanpa suami di sisi juga jauh dari jangkauan.

Takdir Allah SWT tak siapa boleh menghalang, dan Nur Atiqah hanya mampu redha, mengikhlaskan diri menghantar Ehsan pulang ke negara abadi.

Kakak Ehsan, Hanisah Sehamat, 31 ketika ditemui Getaran berkata, adiknya yang merupakan anak keenam sememangnya amat penyayang dan gemarkan kanak-kanak.

Allahyarham jelasnya, terlalu gembira apabila diberitahu isterinya hamil empat bulan, dan seringkali bercerita mengenai hal itu.

"Dia cukup rapat dan suka bermain dengan semua anak saudaranya setiap kali balik ke kampung di Asajaya Laut, malah tidak sabar  menunggu kelahiran anak sendiri.

"Keluarga kami masih terkejut, dan sukar sekali menerima kejadian ini, namun apalah daya kita untuk menolak apa yang ditakdirkan Allah SWT," katanya, sambil menyeka air mata.

Mohamad Ehsan meninggal dunia dalam kejadian tembakan di TUDM, Kota Samarahan, semalam.
Mohamad Ehsan meninggal dunia dalam kejadian tembakan di TUDM, Kota Samarahan, semalam.

Ehsan jelas Hanisah lagi, sememangnya meminati kerjaya berpakaian seragam sejak kecil, dan terpilih sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagaikan mimpi menjadi nyata buat dirinya.

Dia sudah tujuh tahun berkhidmat dalam pasukan TUDM, bermula di Kem TUDM Jugra Banting selama empat tahun sebelum berpindah di Kem TUDM Kota Samarahan.

"Keluarga kami hanya mengetahui insiden tembakan membabitkan Ehsan jam 9 pagi semalam selepas dimaklumkan pihak Kem TUDM Kota Samarahan," katanya, yang jelas masih terkejut dengan tragedi tersebut.

Menurut Hanisah, adiknya baru memulakan tugas pagi semalam selepas menghabiskan cuti seminggu di kampung.

"Seperti biasa dia tetap ceria dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan sepanjang bercuti.

"Malah,dia sempat membantu abang kami menjual durian di pasar Asajaya," katanya.

Ehsan bersama tiga lagi rakannya maut dalam insiden tembakan di Skuadron 330, Kem TUDM, Kota Samarahan, jam 7.15 pagi semalam.

Turut disahkan meninggal dunia adalah 
Koperal (U) Ho Swee Boon dari Bau, Laskar Udara Kanan (LUK) Nesly ak Nabau dari Sibu dan Koperal (U) Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli yang berasal dari Siniawan, Bau. 

Tiga mangsa meninggal dunia di lokasi, manakala Sharif meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan ketika menerima rawatan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang daripada anggota berkenaan melepaskan tembakan, sebelum membunuh dirinya sendiri. - Getaran, 14 Ogos 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad