web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dine In - Seorang Pekerja Perlu Ditugaskan Periksa Status Sijil Vaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:00AM

Mohd Hafiez (dua dari kiri) dan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan, Rithuan Ismail menunjukkan notis arahan dan sijil digital vaksinasi yang perlu dipamerkan sebagai syarat dine in ketika membuat pemeriksaan mengejut di salah sebuah restoran di pusat bandar Labuan, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan menggesa pengusaha kedai makanan dan minuman (F&B) di pulau bebas cukai itu menugaskan sekurang-kurangnya seorang kakitangan untuk memeriksa status vaksinasi COVID-19 setiap pelanggan sebelum dibenarkan menikmati makanan dalam premis.

Pengarahnya Mohd Hafiez Daud berkata pemeriksaan rapi oleh kakitangan premis makanan (ke atas status vaksinasi pelanggan) akan membawa kepada keberkesanan peraturan baharu iaitu hanya pelanggan yang telah lengkap divaksin boleh makan di premis (dine-in).

“Kami percaya semua kedai makan di pulau ini akan memeriksa status vaksinasi pelanggan sebelum mengalu-alukan mereka masuk untuk makan, memandangkan pengusaha F&B ini sedar jika mengabaikan peraturan tersebut operasi perniagaan mereka mungkin terdedah dengan penularan COVID-19 dan perniagaan terpaksa ditutup sementara.

 “Pengendali premis F&B mempunyai hak untuk tidak membenarkan mana-mana individu yang tidak memberi kerjasama dan gagal menunjukkan sijil vaksinasi COVID-19 digital seperti diminta,” katanya dalam sidang akhbar bersama selepas pemeriksaan mengejut terhadap peraturan baharu dine-in di beberapa premis makanan, di sini hari ini.

Beliau berkata sesi perbincangan telah diadakan Jumaat lepas dengan beberapa dewan perniagaan  dan pengusaha F&B di Labuan mengenai kepentingan peraturan baharu tersebut di premis-premis perniagaan.

Mohd Hafiez berkata kerjasama daripada orang ramai pada tahap ini sangat penting bagi memastikan Labuan terus menikmati fleksibiliti dan kelonggaran dalam sekatan pergerakan.

“Kita mengambil masa lama untuk memastikan Labuan mencapai imuniti kelompok dan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kita tidak harus membiarkan Labuan kembali melalui waktu sukar dengan kes positif yang tidak terkawal dan muncul kluster-kluster baharu. Oleh itu orang ramai mesti bersama-sama dengan pasukan petugas barisan hadapan COVID-19 mengekang pandemik ini yang masih lama lagi pengakhirannya,” kata beliau.

Mohd Hafiez juga menasihatkan kakitangan F&B (yang ditugaskan memeriksa status vaksinasi pelanggan) melaporkan segera kepada polis jika mendapati ada pelanggan menunjukkan sijil vaksinasi digital palsu.

“Sijil digital bercetak adalah inisiatif individu itu sendiri dan tidak digalakkan oleh kerajaan memandangkan boleh dipalsukan dan dimanipulasi,” katanya sambil menambah kad janji temu vaksin COVID-19 yang menyatakan telah lengkap divaksin masih boleh digunakan untuk memasuki premis F&B. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar