web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krisis Bekalan Air, NGO Agih 4,000 Balang Air Bersih 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 8:17PM

Sebanyak 4,000 bekalan air bersih diagihkan kepada penduduk yang terputus bekalan air kerana paip pecah di dasar sungai Terengganu sejak seminggu lepas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Khidmat Malaysia dan Imam Care Kuala Terengganu hari ini mengagihkan sebanyak 4,000 balang air bersih kepada penduduk di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang terputus bekalan air sejak seminggu lepas, ekoran kerosakan pada paip bersaiz 1,200 milimeter di dasar Sungai Terengganu.

Pengerusi Khidmat Malaysia, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sebanyak empat buah treler panjang digunakan untuk mengagihkan balang air bersih itu dari rumah ke rumah.

"Kita guna empat treler dan pengagihan membabitkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Pulau Gading, Batu Rakit, Tepoh dan Seberang Takir, dengan setiap balang mengandungi 20 liter air.

"Agihan ini dilakukan dari rumah ke rumah," katanya yang juga Exco Belia, Sukan dan NGO di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri ketika ini bersama Syarikat Air Terengganu (SATU) berusaha sebaik mungkin untuk mengagihkan bekalan air bersih kepada penduduk, termasuk merancang menambah kekerapan pengagihan di tangki statik, dari dua kepada tiga kali sehari.

"Perkara ini memang sudah dibawa ke mesyuarat dan kita tunggu dalam hari ini atau esok,  Insya Allah kita akan dapat tingkatkan masa pengagihan air di tangki statik," katanya.

Wan Sukairi memberitahu, pihaknya turut merancang meneruskan khidmat agihan bekalan air sehingga krisis berkenaan pulih, namun ia bergantung kepada sumbangan yang diterima.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr. Mamad Puteh pada Khamis lepas berkata, gangguan bekalan air membabitkan 28,700 pengguna di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dijangka berlarutan sehingga minggu depan.

Beliau berkata ia susulan daripada kerja-kerja baik pulih paip utama di dasar Sungai Terengganu yang hanya dapat disiapkan hari ini atau esok.

Penduduk Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah menghadapi gangguan bekalan air sejak Ahad lepas.

Dalam perkembangan lain, SATU dilaporkan berkata, operasi baik pulih paip utama di dasar Sungai Terengganu telah berjalan tanpa henti dengan melibatkan tujuh penyelam.

Namun operasi itu berdepan cabaran berikutan arus sungai yang deras. - Getaran, 7 Ogos 2021

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 13 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad