web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Didakwa, Hadap Pertuduhan Pengubahan Wang Haram

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 12:15PM

Syed Saddiq ditemani Gobind tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Selepas dua minggu berdepan pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua tuduhan pengubahan wang haram.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan yang membabitkan wang berjumlah RM100,000, selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram, menerusi pemindahan wang berjumlah RM100,000 ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya.

Kesemua wang berkenaan didakwa sebagai hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu dikatakan berlaku di Maybank Islamic Berhad di No 17 & 19, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling di sini, pada 16 dan 19 Jun 2018.

Untuk semua pertuduhan tersebut, Syed Saddiq didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama. 

Syed Saddiq keluar dari Mahkamah Sesyen Johor selepas selesai menghadapi dua pertuduhan.
Syed Saddiq keluar dari Mahkamah Sesyen Johor selepas selesai menghadapi dua pertuduhan.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda sehingga lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa ia dilakukan atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Syed Saddiq yang diwakili peguam Gobind Singh Deo tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi kedua ibu bapa serta beberapa penyokong.

Beliau bagaimanapun tidak ditawarkan jaminan baharu oleh barisan pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdiri daripada Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib serta Mohd ‘Afif Ali.

Wan Shaharuddin turut memohon agar mahkamah membenarkan ikat jamin terhadap Syed Saddiq mengguna pakai jaminan yang sama dikenakan terhadap beliau ketika menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 

Pihak pendakwaan juga memohon mahkamah memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana semua saksi pendakwaan membabitkan individu yang sama bagi setiap pertuduhan dihadapi.

Mahkamah kemudian membenarkan semua permohonan pendakwaan dan menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Syed Saddiq pada 22 Julai lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah penyalahgunaan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Zamri Vinoth, Arun Dorasamy Didakwa Esok

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Masak Di Stesen Minyak: 4 Didakwa Esok, Tiada Anak VIP

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad